Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sidang global bentang peluang dan cabaran pasaran pelancongan Muslim

May 23, 2023 | 11:50 AM



SATU sidang puncak yang mendedahkan trend utama dalam pasaran perjalanan Muslim global bakal diadakan selama tiga hari dari 30 Mei hingga 1 Jun ini.

Lebih 50 penceramah dari serata dunia akan mengambil bahagian dalam 18 sesi Sidang Puncak Global Halal Dalam Perjalanan atau ‘Halal In Travel’ (HIT) untuk mengulas tentang beberapa peluang mahupun cabaran bagi fasa seterusnya dalam pelancongan Halal.

Sidang puncak yang kembali buat edisi ketiga itu akan mengadakan perbincangan yang menyentuh tentang bidang seperti pembangunan pelancongan mampan, kesan pandemik ke atas industri, pengurusan destinasi, trend memuncul dalam pelancongan halal, pengalaman perjalanan wanita Muslim, peranan teknologi dalam membentuk masa depan perjalanan, dan pewakilan wanita Muslim dalam kepimpinan teknologi perjalanan.

Antara penceramahnya ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pelancongan Cape Town, Encik Enver Duminy, menurut kenyataan penganjur, syarikat CrescentRating pada Selasa.

Encik Duminy berkata persidangan ini menyediakan wadah unik untuk memupuk dialog dan kerjasama antara pihak berkepentingan utama supaya dapat menangani keperluan dan aspirasi pasaran perjalanan Muslim yang sedang tumbuh dengan pesat.

“Tambahan pula, sebagai penceramah bagi panel yang membincangkan implikasi kecerdasan buatan (AI), seperti ChatGPT, bagi masa depan perjalanan, saya amat teruja dengan peluang yang ada menerusi teknologi ini.

“AI mempunyai potensi untuk merevolusikan industri kita, menawarkan tahap yang baru dari segi menghasilkan produk khusus, kecekapan dan akses yang akan merangsang pengalaman perjalanan bagi semua, termasuk pelancong Muslim kita,” tambahnya.

Sidang puncak itu juga akan melancarkan laporan Indeks Perjalanan Muslim Global  Mastercard-CrescentRating (GMTI) 2023, yang akan memberikan pandangan tentang bagaimana ketibaan pengunjung Muslim pulih pada 2022 dan ramalan mengenai pertumbuhan masa depan.

Laporan itu juga akan mengenal pasti destinasi terbaik yang mesra wanita Muslim, tambah kenyataan itu.

Sidang puncak itu juga akan menampilkan Anugerah HIT 2023 yang mengiktiraf lebih 30 sumbangan luarbiasa dalam pelbagai kategori - antaranya, Rangkaian Hotel Mesra Muslim Terbaik, Rangkaian Restoran Mesra Muslim Terbaik, dan Syarikat Penerbangan Mesra Muslim Terbaik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >