Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Singapura naik tempat kelima dalam Indeks Inovasi Global 2023

Sep 28, 2023 | 02:08 PM



Singapura telah naik dua tangga ke tempat kelima dalam Indeks Inovasi Global (GII), menerajui wilayah Asia Tenggara, Asia Timur dan Oceania (SEAO).

Switzerland mengekalkan mahkota itu buat tahun ke-13 berturut-turut dalam kedudukannya yang diterbitkan Pertubuhan Hak Cipta Intelektual Sedunia (Wipo). Sweden naik satu tangga ke tempat kedua dan Amerika Syarikat turun ke tempat ketiga. United Kingdom menduduki tempat keempat, menurut laporan akhbar The Business Times.

GII adalah pengiktirafan global bagi ekonomi paling inovatif sedunia. Tahun ini, indeks itu menggunakan 80 penunjuk untuk mengesan trend inovasi di 132 ekonomi.

Amerika Syarikat, Singapura dan Israel mendahului bilangan penunjuk tertinggi. Singapura terus mendahului 11 daripada 80 penunjuk termasuk keberkesanan pemerintah, akses teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan modal teroka (venture capital).

Laporan itu menyatakan bahawa lima ekonomi SEAO lain – Korea Selatan, China, Jepun, Hong Kong dan Australia – mendahului penunjuk inovasi utama seperti pertumbuhan produktiviti buruh di China dan kerumitan eksport dan penerbitan di Jepun.

Secara global, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan korporat mencapai paras tertinggi AS$1.1 trilion ($1.51 trilion) pada 2022, terutamanya didorong oleh syarikat ICT.

“Walaupun banyak pemerintah masih bergelut dengan jumlah besar hutang awam yang terkumpul semasa Covid-19, sektor perniagaan telah terus meningkatkan tahap inovasinya,” kata felo Insead dan editor sama GII, Encik Bruno Lanvin.

Namun, trend ini mungkin menutup jurang perbezaan yang semakin meningkat, tambah beliau. Beberapa Sektor, terutamanya dalam bahagian kecerdasan buatan, telah menarik pendanaan ketara, manakala jurang muncul di bahagian lain, khususnya buat perniagaan kecil dan baru.

“Di sebalik latar belakang ketegangan perdagangan yang semakin meningkat dan tahap kerjasama antarabangsa yang lebih rendah, trend sedemikian boleh menjejas keupayaan firma inovatif untuk menyumbang sepenuhnya kepada penyambungan semula pertumbuhan yang mampan,” kata Encik Lanvin.

Ketua Pengarah Wipo, Encik Daren Tang, berkata: “Walaupun mengalami kemerosotan dalam pendanaan modal teroka, GII 2023 harus meyakinkan kita bahawa aktiviti inovatif kekal kukuh tetapi aktiviti inovatif harus diteruskan untuk beralih daripada kuantiti kepada kualiti.”

Tahun ini, GII juga menambah satu petunjuk baru mengenai penilaian gabungan syarikat pemula negara bernilai lebih AS$1 bilion.

Dari segi nilai terkumpul syarikat pemula tersebut selepas mengambil kira Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP), lima ekonomi – Estonia, Israel, Lithuania, Senegal dan Amerika Syarikat – mengambil tempat pertama bersama. Singapura menduduki tempat kelapan.

Walaupun pendanaan modal teroka pada 2022 adalah 40 peratus lebih rendah tahun ke tahun, jumlah AS$380 bilion yang dilaburkan adalah yang tertinggi dalam sedekad, tidak termasuk ledakan 2021. Namun, prospek modal teroka global semakin tidak menentu, kata Encik Tang, dengan kadar faedah yang tinggi mungkin terus menjejas pembiayaan inovasi pada 2023 dan 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >