Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SingPost dalam rundingan eksklusif jual niaga di Australia

Nov 27, 2024 | 1:51 PM
Perniagaan SingPost di Australia termasuk perkhidmatan logistik pihak keempat, penyelesaian logistik pihak ketiga termasuk pengangkutan dan pengedaran, perkhidmatan kiriman cepat, serta perkhidmatan pergudangan.
Perniagaan SingPost di Australia termasuk perkhidmatan logistik pihak keempat, penyelesaian logistik pihak ketiga termasuk pengangkutan dan pengedaran, perkhidmatan kiriman cepat, serta perkhidmatan pergudangan. - Foto fail

Syarikat Singapore Post (SingPost) berkata pada 26 November bahawa ia sedang dalam rundingan eksklusif dengan pihak ketiga untuk menjual perniagaannya di Australia.

Bagaimanapun, ia menegaskan bahawa tiada persetujuan muktamad telah dicapai, lapor The Business Times.

“Masih belum ada kepastian bahawa sembarang transaksi sedemikian akan menjadi kenyataan,” kata syarikat itu.

Perniagaan SingPost di Australia termasuk perkhidmatan logistik pihak keempat, penyelesaian logistik pihak ketiga termasuk pengangkutan dan pengedaran, perkhidmatan kiriman cepat, serta perkhidmatan pergudangan.

SingPost memulakan proses rombakan semula syarikat itu pada Mei 2023 untuk memulihkan pulangan modal kepada pemegang saham.

Syarikat itu mengukuhkan kehadirannya di Australia pada 2021 dengan meningkatkan pegangan sahamnya dalam Freight Management Holdings (FMH), sebuah perkhidmatan penghantaran bungkusan peringkat terakhir.

Syarikat yang disokong Alibaba itu meneruskan peluasan perniagaannya sepanjang tiga tahun seterusnya dengan mengambil alih Border Express, sebuah pengendali pengedaran palet dan bungkusan, pada nilai AS$210 juta ($183.5 juta) pada November, sekali gus mengukuhkan kedudukannya di pasaran logistik Australia.

Perniagaan SingPost di Australia mencatatkan pendapatan $574.8 juta bagi separuh tahun berakhir 30 September, meningkat daripada $398.8 juta yang dicatatkan setahun sebelumnya pada 2023.

Penganalisis telah menganggarkan bahawa penjualan beberapa anak syarikat SingPost yang berpangkalan di Australia serta Pusat SingPost dan hartanah lain syarikat itu boleh memberi syarikat hasil jualan yang kemudiannya boleh digunakan untuk mengurangkan hutangnya.

Pusat SingPost sahaja bernilai lebih $1 bilion.

Saham SingPost ditutup pada 56 sen pada 26 November, naik 0.91 peratus pada hari itu. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg