Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Singtel peroleh pinjaman hijau $535j bagi pusat data

Dec 04, 2023 | 04:05 PM



Anak syarikat pusat data Singtel memperoleh pinjaman hijau sebanyak $535 juta untuk lima tahun daripada DBS, OCBC, UOB dan Standard Chartered.

Bank-bank itu juga dilantik sebagai penyelaras pinjaman hijau itu, menurut The Straits Times (ST).


Ini menandakan pinjaman hijau pertama diperolehi Singtel, kata penyedia khidmat telekomunikasi itu pada 4 Disember.

Perolehan wang itu akan digunakan untuk membiayai semula pinjaman dan menyokong operasi dua pusat data Singtel, iaitu DC West dan DC Kim Chuan.

Kedua-dua kemudahan itu menawarkan gabungan kapasiti 62 megawatt (MW).

Sebagai sebahagian kriteria pinjaman hijau itu, kedua-dua pusat data tersebut dikehendaki meraih sekurang-kurangnya pensijilan Tanda Hijau GoldPlus daripada Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA).

Kedua-dua pusat data itu sudah pun meraih pensijilan Tanda Hijau Platinum, yang merupakan pensijilan tertinggi bangunan hijau yang dianugerah BCA.

Ketua pegawai kewangan kumpulan Singtel, Encik Arthur Lang, berkata Singtel akan terus meneroka pelbagai cara untuk menerapkan teknologi seperti penyejukan cecair dan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan lagi kecekapan di semua pusat datanya.

Ini termasuk pusat data hijau 58 MW, DC Tuas yang bakal siap pada masa depan. Singtel mengadakan majlis pecah tanah bagi projek itu baru-baru ini.

“Kami akan meneruskan usaha dengan kejayaan pinjaman, bon dan usaha lain kami berkaitan kemampanan, untuk mengembangkan lagi portfolio inisiatif pembiayaan hijau kami di bawah Olives, iaitu program pembiayaan mampan kumpulan Singtel,” kata Encik Lang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >