Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SP Group menang tender projek pendinginan daerah di Thailand

Sep 26, 2023 | 4:05 PM
TENAGA BIJAK: SP Group dan Banpu Next berkata projek itu akan membantu pusat kompleks pemerintah di Bangkok menjimat sekitar $1.6 juta dalam kos elektrik setiap tahun.
TENAGA BIJAK: SP Group dan Banpu Next berkata projek itu akan membantu pusat kompleks pemerintah di Bangkok menjimat sekitar $1.6 juta dalam kos elektrik setiap tahun. - Foto SP GROUP

Satu usaha sama antara syarikat elektrik dan gas milik negara, SP Group, dengan syarikat penyedia penyelesaian tenaga bijak Thailand, Banpu Next, telah memenangi satu tender untuk mereka bentuk, membina, memiliki dan mengendali sebuah sistem pendinginan daerah di Bangkok.

Projek di Pusat Kompleks Kerajaan Zone C di bandar itu menandakan projek pendinginan daerah pertama oleh SP Group di Thailand. Ia akan siap pada tahun depan, lapor The Business Times.

Sistem pendinginan daerah itu akan mengendali kapasiti pendinginan sehingga 14,000 tan bagi pusat kompleks itu yang mempunyai keluasan lantai kasar (GFA) 660,000 meter persegi.

SP Group dan Banpu Next pada Isnin berkata projek itu akan membolehkan pusat kompleks berkenaan menjimatkan sekitar $1.6 juta dalam kos elektrik setahun.

Ia juga akan membantu pusat kompleks itu menjimatkan tenaga sebanyak 20 peratus dan mengurangkan pengeluaran sehingga 3,000 tan, setiap tahun.

“Ini sama dengan meniadakan sekitar 20,000 kereta enjin pembakaran dalaman (ICE) daripada jalan raya secara terkumpul sepanjang tempoh kontrak selama 20 tahun,” kata kedua-dua syarikat itu.

Tender tersebut diberikan oleh Dhanarak Asset Development, sebuah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Thailand.

Kedua-dua syarikat itu menambah usaha sama mereka akan menyediakan air dingin yang cekap tenaga dan mampu dihasilkan kepada rangkaian bangunan dalam komplek tersebut menerusi sistem pendinginan itu, dan memasang sebuah stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di fasiliti itu.

SP Group dan Banpu Next akan juga menyokong usaha sama mereka dalam meneroka potensi menggunakan pelbagai huraian mampan tambahan termasuk bas elektrik, sistem kuasa suria, dan sistem simpanan tenaga.

Ketua eksekutif SP Group, Encik Stanley Huang, berkata memenangi tender itu merupakan kejayaan pertama oleh pengendali grid nasional itu dalam pasaran pendinginan daerah Thailand.

“Kami berada dalam kedudukan baik untuk mengembangkan rangkaian kami dan membolehkan penggunaan pendinginan mampan secara pantas di seluruh rantau ini termasuk Thailand, Vietnam dan Indonesia,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg