Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

S’pura alu-alukan pejabat keluarga guna ekosistem untuk labur bagi masa depan

Jul 07, 2023 | 04:44 PM



Singapura mahu membangunkan satu ekosistem kukuh dan tadbir urus yang baik bagi memudahkan penggunaan modal untuk membina ekonomi masa depan dan untuk mencapai kesan sosial yang ketara, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.

Justeru, Singapura mengalu-alukan pejabat keluarga untuk menggunakan ekosistem itu dengan sebaik-baiknya, bagi melabur bagi masa depan, dan melakukan kebaikan, di dalam negara dan di rantau ini.

Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, berkata demikian dalam ucapannya yang disampaikan di Forum Pejabat Keluarga UBS Singapore pada Jumaat.

Beliau berkata banyak pejabat keluarga telah mendapati Singapura menarik disebabkan persekitaran perniagaannya yang kondusif dan ketersambungannya di rantau ini.

Mereka menggunakan Singapura sebagai pangkalan untuk meneroka peluang pelaburan di Asia.

Pada akhir 2022, terdapat 1,100 pejabat keluarga tunggal (SFO) di Singapura, naik daripada 700 pada 2021.

SFO merupakan entiti yang menguruskan aset untuk atau bagi pihak hanya satu keluarga dan dimiliki atau dikawal sepenuhnya oleh ahli keluarga yang sama.

“Ekosistem Singapura menyatukan keupayaan untuk mengurus pelaburan, ketersambungan untuk memudahkan aliran pelaburan, serta masyarakat yang semakin berkembang untuk menyokong penggunaan modal bersifat dermawan.

“Secara kolektif, ini memberikan sudut pandangan baik dari mana SFO boleh membuat keputusan tentang ke mana untuk mengarahkan pelaburan, serta berhubung dengan pihak berkepentingan lain untuk mewujudkan perkongsian dan rangkaian,” ujar Encik Heng.

Beliau berkata Singapura sedang melakukan lebih banyak lagi untuk memperkukuhkan ekosistem itu.

Antara lain, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sedang mempertingkatkan insentif untuk menggalak pejabat keluarga mengambil bahagian dalam struktur pembiayaan campuran yang menyokong peralihan serantau kepada pelepasan karbon sifar bersih dan melabur dalam projek berkaitan iklim.

Selain itu, menerusi satu Skim Insentif Cukai Kedermawanan yang akan berkuat kuasa pada Januari 2024, MAS menggalak pejabat keluarga untuk menjalankan lebih banyak kegiatan bersifat dermawan melalui Singapura, di dalam dan luar negara.

Dalam ucapannya, Encik Heng turut menyarankan dua cara bagaimana pejabat keluarga boleh membawa manfaat kepada generasi mereka yang seterusnya dan juga dunia.

Beliau berkata pejabat keluarga perlu melabur dalam sektor masa depan seperti pendigitalan dan automasi, teknologi kesihatan dan perubatan, dan ekonomi hijau bagi memastikan modal digunakan secara produktif untuk menyokong pertumbuhan, inovasi dan penciptaan pekerjaan baru.

Saranan keduanya ialah pejabat keluarga harus berusaha membuat perubahan dengan melabur untuk impak sosial, supaya dapat menjalin legasi lebih kukuh yang akan dihargai merentas generasi.

Encik Heng berkata pejabat keluarga boleh menyumbang untuk menangani isu jurang antara yang kaya dengan yang tidak melalui usaha dermawan yang dilakukan.

Buat masa ini, sembilan dalam 10 SFO di Asia Pasifik terlibat dalam usaha kedermawanan dengan masing-masing mengeluarkan AS$4 juta ($5.41 juta) setahun secara purata.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >