Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura antara 20 destinasi paling popular bagi Muslim sedunia

S’pura juga muncul sebagai destinasi paling popular dan mesra Muslimah di antara negara bukan OIC bagi pengunjung Muslim; Lapangan Terbang Changi dikenali sebagai lapangan terbang mesra Muslim
Jun 6, 2023 | 2:52 PM
DESTINASI MESRA MUSLIM: Singapura muncul sebagai destinasi paling popular di antara negara bukan OIC bagi pengunjung Muslim. Lapangan Terbang Changi juga terkenal sebagai lapangan terbang mesra Muslim, yang menyediakan khidmat dan kemudahan bagi pelancong Muslim.
DESTINASI MESRA MUSLIM: Singapura muncul sebagai destinasi paling popular di antara negara bukan OIC bagi pengunjung Muslim. Lapangan Terbang Changi juga terkenal sebagai lapangan terbang mesra Muslim, yang menyediakan khidmat dan kemudahan bagi pelancong Muslim. - Foto ST

MESKIPUN Singapura tidak menganggotai Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), republik ini bagaimanapun kekal menjadi antara destinasi pilihan ramai warga Muslim dari seluruh dunia.

Menurut Indeks Perjalanan Muslim Global (GMTI) 2023 yang dikeluarkan pada Khamis, Singapura menduduki antara 12 negara teratas, menjadikannya hanya satu daripada dua negara (bersama United Kingdom) di luar OIC yang menduduki Senarai 20 Destinasi Paling Popular di seluruh dunia bagi pelawat Muslim.

Singapura juga merangkul kedudukan tertinggi sebagai destinasi negara bukan OIC yang paling mesra Muslimah, mendahului negara-negara bukan OIC lain seperti Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong.

Lapangan Terbang Changi juga terkenal sebagai lapangan terbang mesra Muslim, yang menyediakan khidmat dan kemudahan terbaik bagi pelawat Muslim.

Negara-negara lain yang tersenarai di dalam GMTI 2023 merupakan negara OIC seperti Indonesia, Malaysia, Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu, Turkey, Qatar, Iran, Jordan, Bahrain, Mesir dan Kuwait.

Menurut laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Mastercard-CrescentRating, demografi perjalanan Halal adalah segmen pasaran yang cukup besar di seluruh dunia.

“Pada 2022, terdapat 110 juta pelawat Muslim antarabangsa yang menyumbang 12 peratus daripada semua ketibaan antarabangsa. Ini adalah pertumbuhan yang besar, setara dengan hampir 68 peratus tahap prapandemik yang dilihat pada 2019.

“Kami meramalkan ketibaan pelawat Muslim akan meningkat kepada 140 juta pada 2023 dan pulih ke tahap prapandemik sebanyak 160 juta pada 2024,” kata pengasas dan ketua pegawai eksekutif CrescentRating, Encik Fazal Bahardeen.

Beliau juga menjangka “ketibaan Muslim akan mencapai 230 juta menjelang 2028, dengan anggaran perbelanjaan sebanyak AS$225 bilion ($303.5 bilion)”.

Dalam laporan itu juga, Indonesia dan Malaysia muncul sebagai dua destinasi paling popular di seluruh dunia bagi pelawat Muslim setelah mendapat markah sama dalam indeks tahun ini.

Kedua-dua negara telah lama menjadi destinasi popular bagi pelancong Muslim. Indonesia pernah mendahului index tersebut pada 2019 manakala Malaysia secara konsisten berada di barisan hadapan GMTI sejak 2015.

Laporan GMTI itu menganalisis data merentasi hampir 140 negara untuk menawarkan pandangan komprehensif tentang destinasi yang paling sesuai bagi memenuhi keperluan segmen perjalanan Halal yang semakin berpengaruh.

Namun, bagi GMTI 2023, laporan tersebut hanya dapat merangkumi 138 negara ekoran perang yang sedang berlangsung antara Russia dan Ukraine, lantas hanya dapat meliputi 98 peratus daripada ketibaan pelancong Muslim.

Laporan itu juga mendapati bahawa beberapa gelagat perjalanan global memberi kesan kepada trend dalam kalangan pelawat Muslim.

“Pelawat Muslim sering merancang perjalanan mereka selaras dengan kriteria orientasi agama tertentu, seperti ketersediaan makanan Halal dan bilik solat,” kata Encik Fazal.

Antara trend pelawat Muslim yang semakin meningkat termasuk menggabungkan kemampanan dalam perjalanan mereka; memilih destinasi dan aktiviti yang boleh meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka; mencari peluang untuk pengalaman yang bermakna; dan menggabungkan unsur pembangunan peribadi ke dalam rancangan perjalanan mereka.

Kedudukan Negara Paling Popular Bagi Pelawat Muslim

  1. 1. Indonesia
  2. 1. Malaysia
  3. 3. Arab Saudi
  4. 4. Emiriah Arab Bersatu (UAE)
  5. 5. Turkey
  6. 6. Qatar
  7. 7. Iran
  8. 7. Jordan
  9. 9. Bahrain
  10. 9. Eqypt
  11. 11. Kuwait
  12. 11. Singapura (Negara Bukan OIC)

Kedudukan Negara Bukan OIC Paling Popular Mesra Muslimah

  1. 1. Singapura
  2. 2. Taiwan
  3. 3. Jepun
  4. 4. Korea Selatan
  5. 5. Hong Kong

“Pada 2022, terdapat 110 juta pelawat Muslim antarabangsa yang menyumbang 12 peratus daripada semua ketibaan antarabangsa. Ini adalah pertumbuhan yang besar, setara dengan hampir 68 peratus tahap prapandemik yang dilihat pada 2019. Kami meramalkan ketibaan pelawat Muslim akan meningkat kepada 140 juta pada 2023 dan pulih ke tahap prapandemik sebanyak 160 juta pada 2024.”
Pengasas dan ketua pegawai eksekutif CrescentRating, Encik Fazal Bahardeen.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg