Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

S’pura bandar paling sesuai didiami ekspatriat di Asia: Tinjauan Mercer

Dec 12, 2023 | 04:25 PM



Membuat keputusan untuk menetap dan bekerja di luar negara adalah satu keputusan yang besar, terutamanya jika anda membawa keluarga bersama.

Satu persoalan penting yang timbul ialah “Ke mana harus kita pergi?”.

Menurut tinjauan mutu hidup bagi ekspatriat pada 2023 yang dijalankan oleh Mercer, sebuah firma runding cara sumber manusia global, bandar seperti Vienna, Zurich, dan Auckland menduduki tempat teratas.

Singapura disenaraikan sebagai bandar terbaik di Asia, namun ia terikat secara keseluruhan di tempat ke-29 bersama dengan Adelaide.

Sementara itu, Hong Kong merosot ke tempat ke-77 dalam senarai sebanyak 241 destinasi yang dinilai oleh Mercer.

Mercer menganalisa keadaan kehidupan di lebih 450 bandar di seluruh dunia, dengan mempertimbangkan 39 faktor termasuk persekitaran politik dan sosial, kesihatan, pendidikan, rekreasi, dan perumahan.

Menurut laporan akhbar The Straits Times, senarai itu terakhir diterbitkan pada 2019.


Singapura juga telah mendahului senarai bandar terbaik di Asia pada 2019 dan lima tahun sebelumnya, namun tidak pernah berjaya menembusi tempat 10 teratas di peringkat dunia.

Vienna mengekalkan kedudukan pertamanya pada 2023, dikenali dengan budayanya yang kaya, seni bina menarik dan sejarahnya, menurut tinjauan itu.

Zurich, di tempat kedua, dipuji kerana kestabilan politik dan infrastruktur yang berkualiti tinggi.

Auckland pula dikagumi atas standard penjagaan kesihatan dan kebudayaan yang dinamik.

Ibu negara Denmark, Copenhagen, dan Geneva di Switzerland, berada di tempat keempat dan kelima.

Kebanyakan bandar teratas dikuasai oleh bandar-bandar Eropah Barat manakala Vancouver satu-satunya wakil dari Amerika Utara yang berada di tempat kelapan dengan pujian untuk “rekreasi luar dan kehidupan kosmopolitan”.

New York berada di tempat ke-40, tiga tempat di bawah San Francisco.

London pula merupakan bandar teratas Britain di tempat ke-45, dengan Aberdeen di tempat ke-49 dan Edinburgh di tempat ke-51.

Di Timur Tengah, Dubai adalah bandar dengan kedudukan tertinggi di tempat ke-79, sementara ibu kota Mauritius, Port Louis, merupakan bandar terbaik di Afrika di tempat ke-88.

Bagi Australia, Sydney menduduki tempat kesembilan, sementara Melbourne dan Perth berada di tempat ke-21 dan ke-22.

Di bahagian bawah senarai, ibu kota Sudan, Khartoum, berada di tempat ke-241.

“Landskap global semasa dipengaruhi oleh kegawatan geopolitik, bencana alam dan cabaran ekonomi lain, yang semuanya mempunyai kesan yang ketara terhadap bandar dan keupayaan mereka untuk menarik dan mengekalkan bakat,” kata Cik Yvonne Traber, ketua mobiliti global Mercer.

“Ramai pekerja sedang mempertimbangkan semula keutamaan mereka dan menilai kualiti hidup yang diberikan kepada mereka dan keluarga mereka di tempat tinggal dan tempat kerja mereka,” tambahnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >