Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

S’pura meterai perjanjian dagangan bebas dengan 4 negara Amerika Selatan

Dec 08, 2023 | 03:19 PM



Singapura telah menandatangani satu perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan empat negara Amerika Selatan pada 8 Disember, yang bakal membuka pelbagai peluang perniagaan baru dan meluas.

Perjanjian dengan Argentina, Brazil, Paraguay dan Uruguay, iaitu sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Mercosur, adalah perjanjian perdagangan pertama Singapura dengan empat negara itu, dan perjanjian pertama kumpulan itu dengan sebuah negara Asia Tenggara.

Perjanjian itu bertujuan memudahkan aliran perdagangan lebih besar melalui tarif lebih rendah, di samping mewujudkan syarat pelaburan yang telus, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Selain itu, ia bertujuan menjalin kerjasama, contohnya, dalam proses memudahkan prosedur eksport dan import, lapor The Straits Times (ST).


Perjanjian Perdagangan Bebas Mercosur-Singapura (MCSFTA) itu dijangka menggalak keusahawanan, di samping mempercepat pendigitalan, pembangunan mampan dan keselamatan bekalan makanan.

Ia juga membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) memajukan perniagaan di lima ekonomi itu.

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dan menteri daripada empat negara anggota Mercosur menandatangani perjanjian itu pada Sidang Kemuncak Ketua Negara Mercosur dan Negara Anggota Bersekutu Mercosur Ke-63 di Rio de Janeiro, Brazil.

Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan, turut hadir pada majlis tersebut.

Kini, kelima-lima negara itu akan menjayakan proses memeterai perjanjian itu di peringkat domestik.

Dr Balakrishnan berkata: “Usaha menandatangani perjanjian ini dibuat selepas rundingan intensif lebih empat tahun. MCSFTA mewujudkan jambatan baru antara Asia Tenggara dengan Amerika Selatan dan merapatkan lagi wilayah kita.”

Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, yang tidak hadir di sidang kemuncak itu, menambah bahawa perjanjian itu menguatkan lagi “seni bina” perdagangan Singapura yang semakin berkembang dengan Amerika Selatan.

Beliau menjelaskan perjanjian itu akan mengurangkan kos perniagaan untuk firma di sini, mengurangkan halangan tarif dan peraturan dagangan, serta membuka pelbagai peluang perniagaan baru seperti e-dagang, perdagangan pertanian dan pemerolehan perniagaan daripada pemerintah.

Secara kolektif, Mercosur mewakili ekonomi kelapan terbesar di dunia, dengan gabungan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) sebanyak AS$2.7 trilion ($3.6 trilion) dan pasaran seramai 272 juta orang.

Dagangan barangan antara Singapura dengan Mercosur pada 2022 menyumbang 45 peratus, atau $13.8 bilion daripada jumlah dagangan Singapura dengan 33 ekonomi bebas di rantau Amerika Selatan, manakala dagangan perkhidmatan pada 2021 menyumbang 40 peratus, atau $7.6 bilion.

Terdapat sekitar 100 syarikat Singapura yang beroperasi dalam pasaran Mercosur, dalam sektor seperti minyak dan gas, perniagaan tani, huraian digital, perkilangan, hospitaliti, logistik dan prasarana.

Ini termasuk Ascott, Changi Airports International, Grupo Kaybee, PSA International, SEA Group, Olam International, Wilmar International dan Sakura Tech.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >