Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

S’pura tarik pelaburan $12.7b, bakal jana 20,000 pekerjaan

Jan 30, 2024 | 04:12 PM



Singapura berjaya menarik pelaburan tetap bernilai $12.7 bilion pada 2023, iaitu kemerosotan sehingga 44 peratus daripada pelaburan rekod sebanyak $22.5 bilion pada 2022.

Namun, perangkaan ini melebihi matlamat jangka masa pertengahan hingga panjang, sekali gus memberi bayangan bahawa walaupun menghadapi cabaran sejagat, masih terdapat keyakinan dalam pasaran di sini, kata Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) pada 30 Januari.

EDB menambah 2023 telah mencatatkan jumlah perbelanjaan perniagaan keseluruhan (TBE), penciptaan pekerjaan dan jangkaan nilai tambah kepada ekonomi, yang lebih tinggi, disebabkan lebih banyak projek yang berjaya diperolehi.

Projek daripada komitmen pelaburan yang diperolehi itu akan mewujudkan 20,045 pekerjaan baru dalam lima tahun mendatang, dengan sumbangan $26.7 bilion dalam nilai tambah (VA) setahun diramalkan.

Nilai tambah merujuk kepada sumbangan langsung yang dibuat syarikat kepada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura dan merangkumi komponen seperti gaji pekerja dan pendapatan korporat.

Daripada jumlah keseluruhan pekerjaan yang dijangka diwujudkan, sebanyak 58 peratus adalah dalam sektor perkhidmatan, 26 peratus dalam sektor penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi, dan baki 16 peratus dalam sektor perkilangan.

​Pada 2022, peningkatan luar biasa dalam pelaburan semikonduktor menghasilkan rekod pelaburan aset tetap, dianggap sebagai “tahun yang amat memberangsangkan” namun tidak mungkin berulang, kata pengarah urusan EDB, Cik Jacqueline Poh.

Angka yang diperoleh pada 2023, sejajar dengan purata komitmen pelaburan aset ditetapkan (FAI) bagi lima tahun sebelumnya, dari 2017 hingga 2021, kata beliau lagi. 

Jumlah pelaburan yang diraih itu melebihi sasaran tahunan jangka masa pertengahan hingga panjang EDB antara $8 bilion dengan $10 bilion.

“Bukan mudah untuk mendapatkan pelaburan ini, tetapi kami berpuas hati kerana Singapura berjaya mengekalkan tarikannya secara keseluruhan dan pelbagai sektor serta bilangan projek yang lebih besar,” kata Cik Poh.

Pelaburan daripada sektor kimia membentuk 35 peratus daripada komitmen pelaburan yang diperolehi, diikuti dengan sektor elektronik (24.2 peratus) dan R&D (16.6 peratus), kongsi Cik Poh lagi. 

Jumlah perbelanjaan perniagaan keseluruhan mencecah $8.9 bilion pada 2023, dengan sektor ibu pejabat (HQ) dan perkhidmatan profesional menyumbang hampir 70 peratus daripada komitmen tersebut.

Menurut EDB, ini disebabkan peningkatan jumlah perniagaan global memanfaatkan kedudukan Singapura untuk menembusi pasaran Asia yang berkembang, manakala syarikat Asia pula memanfaatkan ekosistem perniagaan Singapura yang bertenaga untuk berkembang menjangkau negara mereka sendiri. 

Syarikat teknologi merupakan penyumbang besar kepada projek HQ, mencerminkan kebangkitan ekonomi digital Asia Tenggara dan pendigitalan merentas semua industri, menurut EDB lagi. 

Namun, EDB berkata prospek perniagaan dan pelaburan bagi 2024 kekal mencabar.

Ini disebabkan oleh ketegangan geopolitik yang berterusan, ketidaktentuan dasar yang diwujudkan oleh persaingan pilihan raya di banyak negara, peningkatan persaingan untuk pelaburan serta ketidaktentuan makroekonomi.

Pengerusi EDB, Encik Png Cheong Boon akur akan persaingan yang semakin sengit untuk pelaburan, dengan lebih banyak negara mempergiat usaha mereka bagi menarik pelaburan langsung asing.

“Kos perniagaan yang meningkat dan kekangan sumber di Singapura telah memberi kesan kepada daya saing kami untuk pelaburan.

“Walaupun kami telah membina rangkaian projek yang baik untuk masa hadapan, kami sedar bahawa kami perlu terus mendahului persaingan supaya Singapura kekal menarik kepada kedua-dua korporat global dan Asia serta syarikat baru,” tambah Enck Png.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >