Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Subsidi bagi penjaja terima pembayaran digital dilanjutkan hingga akhir 2025

Oct 10, 2024 | 4:22 PM
Subsidi pemerintah dilanjutkan sehingga akhir 2025 untuk menggalakkan penjaja menerima pembayaran digital.
Subsidi pemerintah dilanjutkan sehingga akhir 2025 untuk menggalakkan penjaja menerima pembayaran digital. - Foto ST

Setakat ini, lebih 11,500 penjaja telah menerima pembayaran tanpa wang tunai.

Bagi penjaja yang belum menerima pembayaran digital, subsidi pemerintah dilanjutkan sehingga akhir 2025 untuk menggalakkan mereka berbuat demikian.

Subsidi di bawah program ‘Hawkers Go Digital’ (HGD) itu mengetepikan yuran urus niaga sebanyak 0.5 peratus yang perlu dibayar oleh sebuah gerai bagi setiap transaksi digital, untuk transaksi $20,000 pertama setiap bulan.

Pembayaran itu boleh dibuat melalui kod QR, di bawah platform Kod Respons Pantas Singapura.

Inisiatif itu, yang diperkenalkan oleh Enterprise Singapore (EnterpriseSG) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) pada 2018, mengharapkan agar kira-kira 18,000 pegerai di pusat makanan yang dikendalikan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan lembaga perumahan, menerima pembayaran digital sebelum subsidi berakhir.

The Straits Times (ST) melaporkan pada Oktober 2023 bahawa lebih 11,000 penjaja telah memanfaatkan subsidi tersebut.

Skim itu sepatutnya berakhir pada 31 Disember 2023, selepas pelanjutan tiga tahun.

Namun, pada Oktober 2023, pengumuman dibuat bahawa tarikh tamat skim tersebut akan dilanjutkan sehingga akhir 2024.

“Berikutan maklum balas daripada penjaja, lanjutan ini bertujuan menggalakkan pegerai makanan dan minuman untuk terus menggunakan e-pembayaran dan memudahkan struktur pembayaran tanpa subsidi, terutamanya dengan peningkatan kos operasi dalam masa kini,” kata EnterpriseSG dan IMDA dalam kenyataan bersama pada 10 Oktober.

Kedua-dua nilai transaksi bulanan dan jumlah e-pembayaran itu telah meningkat berbanding 2023 menurut kenyataan bersama tersebut.

Pada Ogos 2024, nilai transaksi bulanan mencecah $60 juta, peningkatan daripada $45 juta pada Ogos 2023.

Dalam tempoh yang sama, jumlah urus niaga bulanan meningkat daripada 5.4 juta kepada 7.6 juta.

Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling, berkata skim itu adalah sebahagian daripada “usaha berterusan kami untuk memastikan penjaja kami terus berkembang maju dalam era digital”.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg