Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna S’pura bimbang tentang ciri mengelirukan laman, aplikasi Agoda

Jun 16, 2025 | 8:23 PM
Isu berkaitan carian penginapan dan ciri tempahan Agoda dianggap Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) sebagai mengelirukan pelanggan.
Isu berkaitan carian penginapan dan ciri tempahan Agoda dianggap Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) sebagai mengelirukan pelanggan. - Foto ST

Beberapa perubahan reka bentuk telah dibuat kepada laman dan aplikasi mudah alih bagi platform kembara Agoda selepas Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) mengemukakan keprihatinan terhadap beberapa ciri bermasalah.

Isu ini berkaitan dengan fungsi carian penginapan dan ciri tempahan Agoda, yang membuatkan CCCS bimbang akan mengelirukan pelanggan.

CCCS mendapati bahawa hasil carian ‘Best Match’ (Padanan Terbaik) Agoda telah dipaparkan sehingga memberikan gambaran bahawa kedudukan atau ‘ranking’ penginapan atau tempahan secocok yang dicari adalah berdasarkan kriteria carian semata-mata, seperti tarikh perjalanan dan penilaian tetamu.

Walau bagaimanapun, hasil carian Agoda turut mengambil kira wang yang akan diperolehi oleh platform tersebut.

Sejak peristiwa itu, Agoda telah menggantikan label ‘Best Match’ dengan ‘Our Picks’ (Pilihan Kami) untuk menggambarkan dengan lebih baik bahawa hasilnya adalah berdasarkan usulan platform tersebut.

Lencana ‘Agoda Preferred’ (Lebih Disukai Agoda) pula muncul pada hartanah atau penginapan terpilih yang disertai dengan penjelasan berbunyi: “Agoda Preferred menyarankan hartanah yang dipercayai dan disahkan, yang mempunyai hubungan lama dengan Agoda dan memenuhi kriteria tertentu.”

CCCS berkata pihaknya bimbang bahawa ringkasan ini tidak menjelaskan dengan secukupnya kriteria untuk sesuatu hartanah diberi lencana pengesahan itu, termasuk yang membayar lebih kepada Agoda.

Sejak itu, Agoda telah menyemak semula penjelasan itu untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa hartanah seperti itu membayar komisen tambahan kepada platform tersebut, tambah badan pemantau itu.

Cara hasil carian penginapan disusun dalam senarai yang mungkin boleh mengelirukan pengguna, sehingga mereka mempercayai bahawa senarai itu mengikut urutan berdasarkan parameter carian mereka semata-mata.

Namun penyedia penginapan sebenarnya boleh menambah kemungkinan hartanah mereka dilihat, dengan membayar Agoda sebagai sebahagian kelebihan ‘program rakan kongsi pilihan’, atau dengan menaja senarai tawaran mereka sendiri.

Sebagai respons kepada kebimbangan CCCS, Agoda telah menyemak semula penjelasannya untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa kedudukan penginapan seperti itu dalam senarai dipengaruhi oleh faktor lain, termasuk membayar yuran kepada Agoda.

Penginapan yang dipaparkan dengan label ‘Cheapest x-star stay’ ini bukan selalunya pilihan harga terendah, apabila hasil carian disusun mengikut harga untuk penilaian penginapan bermutu setara, kata CCCS.

Ia menambah bahawa pihaknya bimbang label ini mungkin telah memberi gambaran kepada pengguna bahawa penginapan berlabel seperti itu adalah pilihan paling murah yang tersedia, walaupun ia mungkin tidak.

Bagi mengelakkan pelanggan keliru, Agoda telah mengeluarkan label itu sama sekali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg