Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarat akan dilonggar bagi galak lulusan poly jadi akauntan bertauliah

Nov 29, 2023 | 05:05 PM



Lulusan politeknik mata pelajaran bukan perakaunan yang berminat menjadi akauntan bertauliah di Singapura akan dapat menyertai satu program kelayakan tidak lama lagi.

Ini selepas satu langkah bagi memperluas bekalan bakat sektor perakaunan negara ini bakal diterapkan.

Buat masa ini, laluan Kelayakan Akauntan Bertauliah Singapura (SCAQ) tidak ditawarkan kepada lulusan politeknik yang menuntut disiplin bukan perakaunan.

Namun mulai 2024, perubahan dilakukan apabila beberapa syarat tertentu bagi lulusan yang ingin meraih kelayakan SCAQ bakal dilonggarkan.

Satu syarat sedia ada bagi lulusan perakaunan peringkat diploma untuk menuntut diploma lanjutan sebelum menyertai SCAQ juga akan ditiadakan, lapor The Business Times (BT).


Ini akan menawarkan lebih fleksibiliti untuk menetapkan kepantasan pembelajaran serta penyelesaian keperluan pendidikan yang dipercepatkan jika dapat berbuat demikian, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara), Cik Indranee Rajah pada Rabu.

Selain syarat berkait pendidikan, satu syarat bagi menyertai SCAQ juga melibatkan keperluan mempunyai pengalaman praktikal relevan selama tiga tahun.

Namun, mulai 2024, pengalaman terdahulu yang dimiliki calon sepanjang tempoh sehingga 18 bulan – seperti menyertai pelatihan perakaunan – akan diterima, berbanding syarat 12 bulan sekarang.

Perubahan itu adalah sebahagian saranan Jawatankuasa Semakan Tenaga Kerja Perakaunan; satu pasukan bertindak yang dibentuk pada Jun 2023 dengan matlamat memperkukuh bekalan karyawan bidang perakaunan di Singapura.

Butiran terperinci saranan pasukan bertindak itu bakal diumumkan kelak, kata Cik Indranee.

Beliau mengumumkan demikian selaku tetamu terhormat dalam Sidang Institut Akauntan Bertauliah Singapura (Isca) edisi 2023.

Presiden ISCA, Encik Teo Ser Luck, memberitahu BT bahawa perubahan tersebut mencerminkan mutu pendidikan baik yang ditawarkan di politeknik tempatan.


“Kami sebenarnya mempunyai permintaan tinggi bagi juru akaun, dan kami akan memastikan (laluan) itu dapat diakses oleh semua,” kata Encik Teo.

Menurut Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra), diramalkan bahawa akan terdapat 6,000 hingga 7,000 pekerjaan perakaunan baru ditawar di Singapura menjelang 2025.

Dengan perubahan tersebut, ia diharapkan agar lebih ramai lulusan politeknik menyertai SCAQ dan menjadi juru akaun yang mempunyai kelayakan tersebut, ujar Encik Teo.

Sidang pada Rabu itu juga melihat pelancaran Hab Perakaunan Profesional, yang melibatkan Isca dan sebanyak 13 perbadanan profesional perakaunan dan pertubuhan perniagaan dari seluruh dunia untuk bekerjasama menyelesaikan isu-isu tertentu.

Inisiatif itu penting sebab ia menggalak kerjasama antara profesional industri di peringkat antarabangsa dengan silang sektor, kata Encik Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >