Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

ekonomi & kerja

Syarikat Thomson Medical Group beli hospital swasta terbesar Vietnam

Jul 12, 2023 | 03:17 PM



Syarikat Thomson Medical Group (TMG) – kumpulan perubatan yang disenaraikan di Bursa Singapura (SGX) – telah membuat pemerolehan terbesar di Asia Tenggara sejak 2020 dengan pembelian kumpulan penjagaan kesihatan swasta terbesar di Vietnam, Hospital FV.

Pemerolehan bernilai sekitar AS$381.4 juta ($517 juta) itu menandakan kemasukan strategik TMG ke dalam salah satu ekonomi paling pesat berkembang di rantau ini dan memberikannya kehadiran besar di negara yang mempunyai seramai 98 juta penduduk.

TMG berjaya memenangi pembidaan kompetitif melibatkan 20 pihak lain yang juga berminat membeli Hospital FV, lapor The Straits Times.


Naib pengerusi eksekutif TMG, Encik Kiat Lim, 30 tahun, berkata: “FV adalah hospital premium dan kami telah mengejar aset ini selama lebih setengah tahun.”

Encik Lim merupakan anak kepada pemegang saham dan hartawan, Encik Peter Lim.

Di bawah syarat perjanjian,TMG akan memperoleh 100 peratus Far East Medical Vietnam Limited, yang mengendalikan pelbagai kemudahan penjagaan kesihatan di Vietnam, termasuk Hospital FV dan rangkaian klinik utama dan klinik pakar.

TMG berkata pembelian itu akan dibiayai melalui gabungan sumber dalaman dan pinjaman daripada institusi kewangan dan pasaran modal.

“Kami akan beroperasi dalam segmen premium pasaran penjagaan kesihatan swasta yang paling pesat berkembang di rantau ini. Nisbah perbelanjaan penjagaan kesihatan kepada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) di Vietnam adalah rendah tetapi berkembang pesat.

“Pelancongan perubatan, terutamanya dari negara Indochina lain, juga berkembang dengan pesat. Pendek kata, kami telah memperoleh hospital yang betul, dalam lokasi yang betul, pada masa yang betul,” tambah Encik Lim.

Pelancongan perubatan dari negara jiran, Laos dan Kemboja, dijangka menjana pendapatan sekitar AS$2 bilion pada 2023 buat Vietnam.

Hospital FV terletak di Bandar Ho Chi Minh dan di dalam wilayah Delta Mekong, di mana perbelanjaan bagi rawatan perubatan dijangka meningkat pada tahun-tahun akan datang, kata Encik Lim.

Antara 2019 dengan 2022, pendapatan Hospital FV telah berkembang pada kadar tahunan kompaun (dalam dolar Singapura) sebanyak 8.3 peratus.

Digelar “Hospital Gleneagles Vietnam”, Hospital FV diasaskan oleh Doktor Jean-Marcel Guillon pada 2003 dengan sekumpulan pakar perubatan Perancis.

Hospital FV telah berkembang menjadi sebuah pusat sehenti bagi penjagaan kesihatan bermutu bagi pesakit setempat serta dari Kemboja, Laos dan Myanmar.

Doktor Guillon dan pasukan pengurusannya akan kekal bersama TMG untuk terus mengendalikan hospital tersebut.

Hospital itu mempunyai ruang keluasan lantai kasar (GFA) seluas 26,300 meter persegi dan lebih 1,600 karyawan penjagaan kesihatan dan sekitar 200 doktor.

Antara 30 pakar perubatan yang disediakan hospital itu adalah dalam bidang onkologi, kardiologi, oftalmologi, ortopedik, kehamilan dan sejurus melahirkan serta gastroenterologi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >