Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Taktik ‘decouple’ bagi elak cukai boleh timbulkan masalah jika pasangan bercerai

Jul 09, 2023 | 05:30 AM



Pasangan yang membeli hartanah dan kemudian memiliki hartanah itu secara berasingan, atau istilah Inggerisnya ‘decoupling’, sering hanya melihat satu manfaat utama – penjimatan Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD).

Namun, ada risiko besar daripada strategi itu, terutama jika berlaku kegagalan rumah tangga dan pasangan suami isteri perlu membahagikan aset mereka.

Proses memiliki hartanah secara berasingan – dikenali sebagai penyahgandingan – biasanya melibatkan seorang pasangan menghentikan pemilikan bersama rumah sepencarian supaya pasangan yang seorang lagi boleh menjadi pemilik utama.

Ia popular dalam kalangan pasangan Singapura kerana ia memboleh pasangan yang menghentikan pemilikan bersama membeli hartanah lain tanpa perlu membayar ABSD sebagai pembeli ‘kali pertama’.

Jika hartanah di bawah nama seorang pasangan, pasangan yang seorang lagi akan menghadapi kesukaran membuktikan si suami atau isteri juga mempunyai bahagian di dalamnya. Risiko sedemikian telah diketengahkan dalam satu pertikaian baru-baru ini.

Perkara menjadi lebih mudah apabila sepasang suami isteri memiliki rumah mereka secara bersama: Akaun bank mereka dan rekod Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF) biasanya akan menunjukkan siapa yang membayar gadai janji, yang seterusnya akan menentukan pemilikan mereka.

Rekod menjadi semakin kurang telus apabila ia melibatkan sebuah hartanah yang dimiliki oleh satu orang kerana hanya pemilik tersenarai boleh menggunakan wang CPF mereka atau pinjaman bank mereka sendiri untuk membayar balik gadai janji. Walaupun pasangan yang seorang lagi boleh menyumbang wang tunai kepada pembelian, beliau memerlukan dokumen kukuh untuk membuktikannya.

Siapa bayar unit kondominium?

Dalam kes baru-baru ini, sebuah rumah bernilai $2 juta atas nama suami, manakala hartanah pelaburan pasangan suami isteri itu, sebuah unit kondominium bernilai $1 juta, atas nama isteri.

Si suami mendakwa beliau telah membayar lebih 80 peratus pembelian harta isteri itu, tetapi Mahkamah Keluarga mendapati sumbangan wang tunai suami hanya sekitar 40 peratus.

Kededua pihak tidak boleh mengemukakan rekod bank yang muktamad untuk menunjukkan sumbangan sebenar mereka kerana bayaran dibuat lebih 10 tahun lalu.

Si suami berhujah bahawa kiraan itu salah kerana mahkamah “salah mengaitkan” banyak bayaran tunainya kepada isteri.

Misalnya, beliau berkata beliau membayar $70,000 atau lebih bagi yuran guaman dan tempahan dengan memindahkan jumlah wang tersebut kepada akaun isteri. Begitu juga, beliau berkata beliau memindahkan $400,000 kepada akaun isteri untuk membayar pemaju.

Si isteri mengemukakan rekod yang menunjukkan ceknya digunakan untuk membuat bayaran tersebut, tetapi suaminya tidak boleh mengemukakan rekod bank yang muktamad untuk menyokong kesnya.

Sukar dapat balik rekod lama

Begitu juga, si suami mengalami masalah membuktikan beliau sudah membayar sebahagian besar bagi rumah $2 juta itu.

Bagi gadai janji bulanan rumah, si suami berkata beliau membayar sejumlah $390,000, tetapi isteri mendakwa suami hanya membayar sekitar 40 peratus daripada jumlahnya.

Suami berhujah bahawa beliau telah mengeluarkan sekitar $400,000 untuk membayar baki pinjaman bank bagi rumah itu dan mengemukakan notis penebusan terakhir bank untuk menyokongnya.

Namun, Hakim Mahkamah Tinggi Choo Han Teck menyatakan bahawa surat daripada bank itu, yang ditujukan kepada pasangan tersebut, menunjukkan hanya gadai janji sudah ditebus.

“Ia tidak menyatakan bahawa suami membayar gadai janji sepenuhnya sendiri.

“Tidak dipertikaikan bahawa beliau telah berurusan dengan peguam dan bank berkenaan pembayaran gadai janji, tetapi ini tidak bermakna semua wang untuk penebusan datang daripadanya sahaja,” kata Hakim Choo, lapor The Straits Times.


Beliau menambah bahawa surat itu tidak menyatakan jumlah bayaran balik, apatah lagi membuktikan suami telah membayar jumlah itu.

Hakim Choo mendapati tiada sebab untuk mengubah keputusan Mahkamah Keluarga terdahulu bahawa pasangan itu sepatutnya berkongsi semua aset rumah tangga mereka secara sama rata berdasarkan sumbangan wang tunai dan bukan kewangan mereka.

Walaupun kes ini bukan sahaja tentang hak pihak-pihak tersebut ke atas hartanah mereka berdasarkan kepemilikan mereka, ia menawarkan pengajaran kepada pasangan yang mempunyai aturan sama bahawa mereka perlu membuktikan sumbangan mereka jika mereka ingin membuat tuntutan ke atas hartanah masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >