Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pasaran hartanah semakin sederhana, susuli langkah reda pasaran

Jul 03, 2023 | 01:28 PM



Pasaran hartanah terus menunjukkan tanda-tanda kesederhanaan, berdasarkan data awal suku kedua 2023 bagi Indeks Harga Hartanah (PPI) dan Indeks Harga Jualan Semula (RPI) yang didedahkan pada Isnin.

Harga rumah privet jatuh sebanyak 0.4 peratus pada suku kedua 2023, iaitu kemerosotan pertama sejak suku pertama 2020.

Ini menyusuli beberapa langkah yang dilaksanakan sejak Disember 2021, termasuk kenaikan dalam kadar Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) terkini pada April tahun ini.

Pertumbuhan juga telah menjadi lembap bagi perumahan awam.

Data awal suku kedua 2023 bagi harga jualan semula menunjukkan kenaikan sebanyak 1.4 peratus. Ini lebih rendah berbanding purata setiap suku tahun lalu iaitu 2.5 peratus.

Naib presiden kanan penyelidikan dan analitik di OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berkata pertumbuhan harga jualan semula HDB pada suku kedua didorong banyak oleh flat lima bilik.

Harga median flat ini meningkat sebanyak 1.9 peratus dari $638,000 pada suku pertama ke $650,000 pada suku kedua, katanya.

Sebanyak 103 flat jualan semula HDB dijual bagi sekurang-kurangnya $1 juta pada suku kedua, iaitu setara dengan 103 unit pada tiga bulan pertama tahun ini, kata Cik Sun.

Menurut HDB, jumlah jualan semula pada suku kedua 2023 adalah 6,409 iaitu 4.6 peratus lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Ia juga merupakan yang terendah dalam tiga tahun lalu sejak suku ketiga 2020.

Pegawai eksekutif utama ERA Realty Network, Encik Eugene Lim berkata, langkah meredakan pasaran mungkin menyebabkan beberapa pemilik rumah HDB untuk mempertimbang semula rancangan mereka untuk naik taraf ke rumah privet.

“Pendahuluan ABSD sebanyak 20 peratus hingga 30 peratus untuk membeli rumah kedua adalah besar, lebih-lebih lagi bagi mereka yang pada mulanya membeli flat HDB dan mungkin tidak mempunyai rizab wang tunai besar yang diperlukan untuk naik taraf. Juga, kos pinjaman tinggi sekarang telah menyebabkan penangguhan untuk menaik taraf kepada rumah privet jualan semula, justeru ini mungkin juga telah menyumbang kepada jumlah HDB jualan semula lebih rendah,” katanya.

Menurut Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee dalam pos Facebook yang dimuatnaiknya, mereka telah terus menaikkan bekalan perumahan untuk memenuhi permintaan.

“HDB mengikuti jadual untuk melancarkan 100,000 flat antara 2021 dengan 2025. Bekalan senarai yang disahkan bagi perumahan privet, iaitu kira-kira 9,250 unit pada 2023, berada pada tahap tertinggi dalam sedekad. Kami akan terus memantau rapat pasaran hartanah, dan menyesuaikan dasar kami apabila perlu,” tulisnya.

Bekalan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) telah dinaikkan sebanyak 35 peratus pada tahun-tahun kebelakangan ini - dari 17,100 flat pada 2021 ke 23,200 flat pada 2022 dan 23,000 flat pada 2023.

Pada Ogos 2023, HDB akan menawarkan kira-kira 6,700 flat BTO di bandar seperti Choa Chu Kang, Kallang Whampoa, Queenstown dan Tengah.

Pada November 2023, kira-kira 6,300 flat akan ditawarkan di bandar seperti Bedok, Bishan, Bukit Merah, Bukit Panjang, Jurong West, Queenstown dan Woodlands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >