Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tapak rumah privet di Lorong 1 Toa Payoh terima bidaan $968j

Nov 08, 2023 | 02:31 PM



Tender bagi tiga plot tanah pemerintah yang ditutup pada Selasa menerima penyertaan lebih rendah daripada pemaju hartanah swasta, dalam sekitaran kadar faedah lebih tinggi di samping ketegangan ekonomi serta geopolitik yang meningkat.

Bagaimanapun, dua tapak perumahan privet berjaya menarik bidaan tertinggi yang melebihi jangkaan pasaran, menurut laporan The Straits Times (ST).


Tapak di Lorong 1 Toa Payoh dan Pine Grove Parcel B hanya menerima tiga bidaan setiap satu, manakala tapak di Clementi Avenue 1 merupakan plot paling popular, dengan enam pembida. Ini kerana ia adalah yang terkecil daripada tiga plot tanah itu dan oleh itu, mempunyai perbelanjaan kos tanah terendah, menurut ketua penyelidikan firma runding cara hartanah Knight Frank, Encik Leonard Tay.

Walaupun dengan kadar penyertaan lebih rendah berbanding beberapa tender Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) pada 2022, pemaju bersedia meletakkan harga bidaan lebih tinggi untuk mendapat kedudukan teratas, kata beliau.

Bidaan tertinggi untuk tapak Clementi Avenue 1 dikemukakan oleh syarikat CSC Land Group yang bekerjasama dengan unit MCL Land pada harga $633.4 juta, berdasarkan keputusan tender sementara oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) yang dikeluarkan pada Selasa. Bidaan itu adalah pada harga $1,250 satu kaki persegi bagi setiap plot (psf ppr)

Bidaan tertinggi adalah 4 peratus melebihi bidaan kedua tertinggi pada $1,202 psf ppr. Namun, jurang bidaan itu melebar kepada 41 peratus berbanding bidaan keenam pada $885 psf ppr daripada Hoi Hup Realty dan Sunway Developments. Ini mencerminkan sentimen bercampur-campur dalam kalangan pemaju, kata ketua penyelidikan dan kandungan PropNex Realty, Cik Wong Siew Ying.

Encik Tay menyatakan bahawa bidaan tertinggi $1,250 psf ppr itu adalah 58.6 peratus lebih tinggi daripada tapak Clavon yang berdekatan, yang tendernya ditutup pada harga $788 psf ppr pada Julai 2019.

Bagi tapak tanah di Lorong 1 Toa Payoh – kawasan yang tidak mempunyai pelancaran kondominium baru dalam tempoh tujuh tahun, usaha sama antara CDL, Frasers Property dan Sekisui House menyarankan harga bidaan tertinggi sebanyak $968 juta, yang bermakna harga tanah $1,360 psf ppr.

Pegawai eksekutif utama ERA Realty Network, Encik Eugene Lim, berkata memandangkan kadar faedah lebih tinggi dan tekanan ekonomi yang meningkat, lebih ramai pemaju telah mengemukakan bidaan bersama dalam usaha mengawal risiko pembangunan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >