Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Teknologi AI pacu pendapatan Microsoft, Google

Feb 05, 2024 | 05:31 AM



SAN FRANCISCO: Microsoft dan Google mencatatkan pendapatan korporat yang kukuh pada 30 Januari dengan gergasi teknologi itu berkata permintaan untuk khidmat kecerdasan buatan (AI) menjadi pemangkin utama pendapatannya.


Syarikat itu telah membuat pelaburan besar pada teknologi AI generatif, dengan bahagian pengkomputeran awan mereka menyaksikan peningkatan dalam permintaan apabila pelanggan mencari kuasa pengkomputeran tinggi – dan lebih mahal – bagi menyokong perkembangan teknologi.

Microsoft telah bergerak paling pantas dan paling jauh ke dalam ruang AI, melabur dalam pembangunan ChatGPT OpenAI dan mendorong AI merentas produk manakala syarikat-syarikat lain memilih untuk bergerak dengan lebih berhati-hati.

Syarikat itu melaporkan penjualannya melonjak kepada AS$62 bilion ($83 bilion) bagi tempoh Oktober hingga Disember, meningkat 18 peratus tahun ke tahun dan melebihi AS$61.1 bilion yang diramalkan oleh penganalisis.

Revolusi AI telah membantu Microsoft mengatasi Apple sebagai syarikat terbesar di dunia dengan permodalan pasaran pada nilai lebih AS$3 trilion dolar.

Harga saham syarikat itu meningkat 70 peratus berbanding setahun lalu.

“Kami telah beralih daripada bercakap tentang AI kepada menggunakan AI pada skala tinggi,” kata pengerusi dan ketua eksekutif Microsoft, Encik Satya Nadella.

Yang penting, pendapatan untuk perkhidmatan awan Azure Microsoft melonjak 30 peratus dalam tempoh tersebut, didorong oleh keperluan pengkomputeran yang lebih besar hasil penggunaan AI.

Secara keseluruhan, jualan perkhidmatan awan Microsoft meningkat sebanyak 24 peratus, kata syarikat itu.

“Dengan menerapkan AI pada setiap lapisan timbunan teknologi kami, kami mendapat pelanggan baharu selain membantu memacu manfaat baharu dan keuntungan produktiviti merentas setiap sektor,” kata Encik Nadella.

Google juga mengkreditkan AI dalam peningkatan keuntungannya pada suku yang sama.

Alphabet melaporkan keuntungan AS$20.7 bilion daripada hasil sebanyak AS$86.3 bilion, dengan sumbangan kukuh daripada wadah perkongsian video YouTube dan unit pengkomputeran awannya.

Masih didorong terutamanya oleh iklan, hasil setahun penuh di Google mencecah AS$307.4 bilion, meningkat 8.7 peratus daripada 12 bulan sebelumnya.

Iklan membawa masuk sejumlah AS$65.5 bilion pada suku tersebut, berbanding AS$59 bilion dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Walaupun lebih baik daripada 2022, ini lebih rendah daripada jangkaan pasaran dan harga saham Google turun dalam dagangan selepas waktu perniagaan di Wall Street.

Tetapi jualan dalam perniagaan pengkomputeran awan Google meningkat 26 peratus, menyokong naratif syarikat tersebut bahawa ia juga merupakan penyedia AI utama.

Google di belakang Microsoft dan AWS Amazon, sebagai penyedia perkhidmatan pengkomputeran awan terkemuka di dunia.

Enjin carian raksasa telah bertahun-tahun membangunkan kuasa AI secara diam-diam tetapi terkesan apabila OpenAI pada akhir 2022 mengeluarkan ChatGPT dan bekerjasama dengan Microsoft untuk menyediakan keupayaannya kepada pengguna di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Alphabet, Encik Sundar Pichai memberitahu penganalisis bahawa model AI Gemini yang baru dibangunkan syarikatnya akan memberikan keupayaan baharu merentas semua produk untuk syarikat itu.

Memadankan langkah Microsoft dengan alatan pejabatnya, Google telah pun memasukkan enjin carian Google-nya serta Gmail dan alatan lain dengan kuasa AI. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >