Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Tangani ‘deepfake’, bina daya tahan maklumat digital

Jan 21, 2024 | 05:31 AM



Peri perlunya membina masyarakat digital yang inklusif dan selamat yang dibincangkan di Parlimen baru-baru ini menggambarkan keprihatinan masyarakat mengenai kecerdasan buatan (AI) berhubung penipuan ‘scam’ dan pemalsuan mendalam atau deepfake.







Pelbagai kebimbangan dan saranan diketengahkan termasuk bagaimana deepfake memanipulasi pendapat umum, mencegah penipuan dalam talian, memupuk kesedaran tentang perlunya kemahiran dan celik digital dan membantu kumpulan yang terdedah mengemudi ruang digital. Bahaya yang timbul daripada deepfake semakin membimbangkan.


Deepfake adalah perlakuan mengubah wajah atau penampilan seseorang melalui kaedah tindan wajah secara digital supaya kelihatan sebagai orang lain, umumnya digunakan sebagai muslihat menyebarkan maklumat palsu, hasad dan menyeleweng.


Soal penyelewengan maklumat bukan perkara baru, namun perkembangan kecerdasan buatan (AI) menjadikan ia lebih mudah dilakukan dengan hasil yang kelihatan meyakinkan.

Ia misalnya menampilkan video personaliti yang kelihatan fasih bertutur dalam pelbagai bahasa walhal beliau sebenarnya hanya boleh bertutur satu bahasa.

Banyak video deepfake telah ditularkan, termasuk deepfake ke atas Perdana Menteri Lee Hsien Loong – seolah-olah beliau mempromosikan produk pelaburan melalui talian. Jika perkara sebegitu boleh sekarang, bayangkan apa yang boleh berlaku dalam lima atau 10 tahun akan datang apabila kuasa teknologi dan komputer menjadi lebih hebat dan AI generatif semakin menjadi arus perdana.


Mencipta dan menyebarkan perkara palsu dan maklumat salah bukan sahaja lebih mudah, malah berleluasa. Penyebaran dan penyelewengan menerusi deepfake, terutama yang berbaur kebencian, boleh mengakibatkan kesan besar dalam pelbagai aspek kehidupan.


Orang ramai boleh dimanipulasi dan diperdaya orang penipu dengan skim pelaburan palsu, penipuan kewangan, dan pelbagai bentuk penipuan lain. Dari segi politik, ia boleh menjejas sistem demokrasi.

Deepfake boleh menjadi wadah menabur fitnah – sehingga yang salah kelihatan betul dan yang betul menjadi salah; menjadikan masyarakat keliru mana yang betul dan mana yang salah.


Ia selanjutnya menjejas keupayaan orang ramai mendapat maklumat sahih bagi membuat pertimbangan, pilihan dan keputusan. Ini diburukkan lagi dengan tabiat sebahagian orang yang suka berkongsi maklumat yang diterima, tanpa memeriksa kesahihannya.

Maka itu, langkah mesti diambil untuk menyekat deepfake dan pelbagai bentuk penipuan dan penyelewengan maklumat dalam Internet.


Situasi sekarang sudah agak mencabar, apatah lagi dengan pada masa depan dengan perkembangan lanjut teknologi. 

Beberapa langkah telah diambil. Antaranya, Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma) diperkenal dalam 2019.

Banyak lagi yang sedang dan akan dilakukan. Dalam sidang Parlimen baru-baru ini, $20 juta akan diperuntukkan bagi satu inisiatif baru menangani deepfake.


Antara lain, Pusat Teknologi Lanjutan dalam Keselamatan Dalam Talian (Catos) akan ditubuhkan untuk mengasah kepakaran Singapura dalam mengesan pemalsuan dalam dan maklumat salah dalam talian.

Ini termasuk menghasilkan alat atau kaedah mengesan maklumat salah bagi memberi amaran kepada orang ramai.

Langkah serupa itu penting memandangkan deepfake semakin berleluasa, hinggakan ada yang menyifatkan 2024 sebagai ‘tahun deepfake’ dengan penyebaran maklumat palsu akan membanjiri dunia dan orang ramai akan tercabar untuk mengenal apa yang benar dan apa yang tidak, apa dan siapa yang boleh dipercayai dan sebaliknya.


Dalam menangani cabaran itu, orang ramai juga perlu memainkan peranan. Antara lain ialah selidiki maklumat yang diterima – baca dan pastikan ia tulen sebelum dikongsi dan ditular semula, mengambil sikap bertanggungjawab, menggunakan akal kritikal, sebelum berkongsi.

Kemajuan teknologi dan komputer, pengaruh dan penggunaan media sosial, dan pendigitalan sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup kita.

Ia memudahkan, tetapi pada masa yang sama semakin mendedahkan kita kepada risiko baru seperti serangan siber, penipuan, penyelewengan maklumat, penyebaran fitnah dan pelbagai bentuk kandungan berbahaya yang boleh mengancam keselamatan kita.

Kepercayaan, antara unsur penting dalam berinteraksi, boleh terjejas. Penyelewengan maklumat boleh menimbulkan bencana di pelbagai peringkat. Penerima boleh termakan tipu, dan apabila serik, mungkin sukar menerima kebenaran walau ia benar.

Penggunaan teknologi deepfake untuk menyebarkan maklumat salah akan terus berkembang.


Maka itu, adalah penting membina benteng atau daya tahan maklumat digital. Seperti yang ditekankan PM Lee, warga Singapura perlu kekal berwaspada dan belajar melindungi diri daripada penipuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >