Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Teliti cabaran ekon dunia 2024 sebelum melabur

Jan 28, 2024 | 05:30 AM



Permulaan tahun sentiasa membuka peluang untuk menoleh ke belakang dan menilai semula persekitaran, sama ada bagi menetapkan matlamat peribadi, menilai semula kerjaya anda atau menyemak pelan pelaburan.

Saya berharap 10 tema pelaburan utama saya di bawah ini akan membantu anda memutuskan cara mengubah suai portfolio anda pada Januari.

Pertumbuhan global
menjadi perlahan

Walaupun ekonomi Amerika Syarikat berdaya tahan setakat ini, kami mula melihat beberapa tanda penurunan.

Berita baiknya ialah Bank Simpanan Federal (Fed) Amerika telah menunjukkan kesediaan untuk melonggarkan dasar lebih awal daripada jangkaan.

Di tempat lain, ekonomi China mungkin akan stabil sebagai tindak balas kepada rangsangan dasar 2023.

Sementara itu, Eropah sudah berada di ambang kemelesetan pada 2024.

Inflasi semakin berkurangan

Walaupun harga barangan telah turun pada 2023, 2024 berkemungkinan menyaksikan inflasi sektor perkhidmatan berkurangan, dengan inflasi berpotensi malah berpindah ke wilayah deflasi pada akhir tahun.

Bank pusat akan beralih haluan

Persekitaran di atas mungkin akan menggalakkan bank pusat melonggarkan dasar kewangan kerana menyedari inflasi yang lebih rendah bermakna kadar faedah sebenar yang lebih tinggi, mengetatkan keadaan kewangan.

Hubung kait bon-ekuiti positif
pada awal 2024

Analisis kami menunjukkan bahawa apabila inflasi tinggi, bon dan ekuiti biasanya berhubung kait secara positif.

Ini masuk akal kerana inflasi yang tinggi bermakna bank pusat tidak boleh terlalu bimbang tentang pertumbuhan.

Dalam persekitaran ini, kejutan kenaikan inflasi membawa kebimbangan seperti dasar kewangan kekal terhad dan pertumbuhan ekonomi lebih perlahan, yang tidak baik untuk saham dan bon.

Sebaliknya, inflasi yang jatuh mengurangkan tekanan ke atas bank pusat untuk menaikkan kadar faedah dan meningkatkan kemungkinan pemotongan kadar, yang baik untuk ekuiti dan bon.

Bon berkualiti tinggi akan
memaparkan nilainya

Pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan, inflasi yang lebih rendah dan pemotongan kadar faedah berkemungkinan membawa kepada hasil bon yang lebih rendah.

Bagaimanapun, kami terus memilih bon pasaran maju dengan kualiti kredit yang tinggi, kerana kami melihat ini sebagai lebih menarik berdasarkan risiko pulangan.

Sudah tentu, pulangan lebih tinggi mungkin tersedia dalam kelas aset bon yang lain.

Tetapi pada masa pertumbuhan dijangka perlahan dan risiko condong kepada ekonomi Amerika dan Eropah yang cenderung ke arah kemelesetan, kami percaya risiko pulangan akan kurang menggalakkan.

Ekuiti global meningkat
pada awal 2024

Mengurangkan kebimbangan di samping jangkaan bahawa dasar kewangan akan dilonggarkan, bermakna kenaikan ekuiti perlu dilanjutkan lagi.

Ini sepatutnya disokong oleh fakta bahawa pendapatan berkemungkinan pulih pada 2024 selepas tidak berubah pada 2023.

Saham Amerika dan Jepun
dijangka merintis jalan

Kami menjangkakan ekuiti Amerika akan menerajui kebangkitan pada awal 2024, dirangsang oleh pendedahan tinggi pasaran kepada sektor yang lebih berdaya tahan seperti teknologi, perkhidmatan komunikasi dan penjagaan kesihatan.

Di Jepun, kami menjangkakan Bank of Japan akan berhati-hati dalam mengetatkan dasar, terutama apabila inflasi di seluruh dunia berkemungkinan memuncak.

Ini mungkin akan terus menarik aliran domestik dan antarabangsa ke dalam pasaran saham Jepun.

China adalah pasaran
bagi pemilih saham

Cabaran untuk melabur dalam pasaran saham China adalah banyak.

Sektor hartanah nampaknya akan menjadi cabaran berbilang tahun dari perspektif ekonomi.

Bahkan, dasar tempatan sukar diramalkan – tindakan mengejut ke atas sektor permainan video pada Jumaat sebelum Krismas adalah contoh.

Dolar Amerika akan kekal
dalam jangkauan

Jika Amerika mula melonggarkan dasar, ini boleh memberi tekanan ke bawah kepada perbezaan kadar faedah dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, dengan Eropah kini di ambang kemelesetan dan Bank of Japan berkemungkinan mengekalkan dasar yang mudah walaupun ia terbit daripada kadar faedah negatif selama bertahun-tahun, tarikan kadar faedah dolar Amerika yang agak tinggi tidak mungkin hilang.

Persediaan lindungi nilai anda

Jangan letak semua telur anda dalam satu bakul.

Dari perspektif kami, pertumbuhan akan menurun dan kami menjangkakan korelasi bon-ekuiti bertukar menjadi negatif dan peruntukan lebih berat kami kepada bon berkualiti tinggi akan mengurangkan tamparan prestasi ekuiti yang rendah.

Risiko yang lebih mencabar ialah kebangkitan semula inflasi.

Dalam situasi ini, beralih kepada pelaburan mudah dicairkan, emas dan aset infrastruktur adalah wajar dan penting.

Ringkasnya, kami melihat permulaan 2024 memberi manfaat kepada pelabur.

Namun, kami berasa kurang yakin untuk mengunjurkan perkara ini sepanjang 2024.

Oleh itu, kami akan mencari tanda-tanda mengaut keuntungan semakin berleluasa, atau ekonomi Amerika sedang menuju ke arah kemelesetan, untuk mengurangkan pendedahan risiko pada 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >