Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

United pelaburan ‘paling menarik’ bagi Jim Ratcliffe

Jan 15, 2024 | 4:14 PM
TIDAK SABAR BERMULA: Pengerusi INEOS dan pemilik baru 25 peratus Manchester United, Jim Ratcliffe, menghadiri perlawanan Manchester United dan Tottenham Hotspur yang berakhir 2-2.
TIDAK SABAR BERMULA: Pengerusi INEOS dan pemilik baru 25 peratus Manchester United, Jim Ratcliffe, menghadiri perlawanan Manchester United dan Tottenham Hotspur yang berakhir 2-2. - Foto AFP

MANCHESTER: Jutawan Britain, Jim Ratcliffe, yang menghadiri perlawanan pertama Manchester United pada 15 Januari sejak beliau memperoleh kawalan 25 peratus pasukan United, menyifatkan pelaburan itu sebagai paling ‘menarik’ dalam kehidupannya.

“Saya telah lakukan beberapa perkara yang menarik tetap ini sudah tentu yang paling menarik, tiada keraguan tentang perkara ini,” kata Ratcliffe kepada wartawan sebelum perlawanan 2-2 menentang Tottenham Hotspur di Liga Perdana England (EPL).

“Saya amat ghairah untuk ada di sini,” kata beliau.

Ratcliffe, yang membesar sebagai penyokong United, berkata bahawa sebab proses kawal selia, beliau tidak boleh mendedahkan sebarang perancangan untuk kelab tersebut.

Pembelian 25 peratus beliau, yang diterima lembaga United, masih perlu dirasmikan, di mana beliau jangkakan bahawa ia akan mengambil masa ‘tiga hingga empat minggu’.

“Saya rasa pada awal Februari, saya harap mereka tidak akan temui sebarang kesalahan (saya),” kata pengurus INEOS itu sambil tertawa.

“Sudah tentu saya sudah bertemu dengan Erik (ten Hag) tetapi tidak sesuai untuk saya (kata apa-apa) hingga semuanya dirasmikan,” tambah beliau. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg