Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Temasek bincang labur dalam pembuat ChatGPT, OpenAI: Laporan

Mar 06, 2024 | 05:51 PM



BENGALURU (India): Temasek Holdings sedang mengadakan perbincangan untuk melabur dalam syarikat kecerdasan buatan (AI) OpenAI, yang disokong Microsoft, lapor The Financial Times (FT) pada 5 Mac.


Laporan itu memetik dua sumber yang mengetahui perkara tersebut.

Beberapa eksekutif kanan di firma pelaburan negara Singapura itu telah menemui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OpenAI, Encik Sam Altman, beberapa kali sejak beberapa bulan lalu, tambah laporan tersebut.

OpenAI, pembuat ChatGPT, enggan memberi komen ketika diminta mengulas oleh Reuters.


Temasek juga enggan mengulas.

Pada mulanya ia berminat melabur dalam syarikat penyedia modal Hydrazine Capital milik Encik Altman.

Namun, perbincangan terbaru turut melibatkan penyertaan pertubuhan AI tidak berasaskan keuntungan, lapor FT, yang memetik sumber berasingan.


Perjanjian bersama Temasek itu adalah yang pertama sejak beberapa laporan muncul pada Februari bahawa Encik Altman sedang berusaha mengumpul dana sekitar AS$5 trilion ($6.7 trilion) hingga AS$7 trilion untuk membina rangkaian kilang cip AI.

Syarikat pemula AI itu menarik sedolar daripada setiap tiga dolar yang dilabur pada 2023 di Amerika Syarikat, sedang ChatGPT semakin mendapat perhatian ramai dan pelbagai syarikat berlumba-lumba membangun teknologi AI.

Pelancaran ChatGPT milik OpenAI pada akhir 2022 mengalihkan tumpuan pada teknologi AI generatif, merangsang pelaburan berbilion dolar dalam cip dan pelayan, atau server, yang diperlukan untuk menyokong penggunaan aplikasi sedemikian.


Antara pelabur OpenAI, selain Microsoft, yang merupakan pelabur terbesar syarikat itu, ialah Khosla Ventures, Thrive Capital, Andreessen Horowitz dan Sequoia Capital.

OpenAI memeterai perjanjian menjual saham sedia adanya dalam satu tawaran tender yang menganggarkan syarikat AI itu bernilai AS$80 bilion atau lebih, lapor New York Times pada Februari, memetik sumber yang mengetahui perjanjian tersebut.


Temasek pelabur aktif dalam sektor teknologi dengan portfolio bernilai $382 bilion, pada 31 Mac 2023. Antara syarikat dalam portfolio itu ialah Roblox, Tencent dan Alibaba. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >