Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Temasek hadkan risiko terhadap syarikat baru pada 6%

May 29, 2023 | 04:02 PM



TEMASEK mengehadkan pendedahan risiko kepada syarikat peringkat awal pada 6 peratus daripada jumlah portfolionya, yang berjumlah $403 bilion pada 31 Mac 2022.

Dengan anggaran dana $24 bilion yang tersedia, pegangan ini boleh menjadi fungsi penting bagi firma pelaburan Singapura itu.

Mereka juga boleh menjana pulangan yang menarik untuk Temasek. Dalam kiraan terakhir, pulangan untuk pelaburan peringkat awalnya adalah sedikit melebihi kadar purata industri untuk dana penyedia modal.

Dengan melabur pada peringkat awal, ia membolehkan Temasek mengikuti perkembangan teknologi dan inovasi terkini.

Ketua pegawai pelaburan, Encik Rohit Sipahimalani, berkata:

“Sebagai pemilik-pelabur yang mencari pulangan yang mampan dalam jangka panjang, kami ingin mengetahui bukan sahaja apa prospek masa depan, tetapi potensi ketidaktentuan.

“Itulah sebabnya kami memberi tumpuan kepada trend dan dalam teknologi serta inovasi.”

Ini membolehkan Temasek membangunkan risikan pasaran dan pandangan untuk lebih memahami implikasi untuk portfolio sedia ada.


Di sebalik ini adalah matlamat keseluruhan untuk membina portfolio yang berdaya tahan terhadap kitaran pasaran dan ekonomi serta persekitaran geopolitik yang berbeza, kata ketua pegawai kewangan, Encik Png Chin Yee.

Melabur dalam syarikat peringkat awal adalah satu cara untuk menjana pulangan yang menarik.

Sebagi contoh, syarikat gergasi e-dagang Alibaba, yang merupakan salah satu firma dilabur awal oleh Temasek.

Pada 2010, Temasek membuat pelaburan kecil dalam Alibaba, yang pada masa itu tertumpu kepada segmen perniagaan untuk perniagaan(B2B).

Bagaimanapun, cabang perniagaan runcitnya, Taobao telah menunjukkan tanda-tanda mencapai prestasi yang lebih baik.

Selepas itu, Temasek menyuntik jumlah pelaburan yang tinggi. Pada 2014, apabila Alibaba menjadi syarikat tersenarai, pulangan yang diraih adalah enam kali ganda daripada kos pelaburan.

Satu cara untuk menguruskan risiko pelaburan yang lebih tinggi dalam syarikat peringkat awal ialah mengekalkan jumlah pendedahan pada 6 peratus. Perangkaan sebenar pada masa ini adalah lebih rendah sedikit, kata Temasek.

Satu lagi cara menguruskan risiko adalah melalui kepelbagaian. Kira-kira separuh daripada jumlah itu dipegang dalam pelaburan secara langsung dalam 200 syarikat, termasuk FTX.

Kurang separuh daripada pelaburannya adalah dalam dana penyedia modal.

Temasek berkata bahawa keputusan pelaburan dibuat dari perspektif bawah ke atas, menilai peluang individu berbanding kos modal pelarasan risikonya. Ia tidak memperuntukkan dana kepada geografi atau sektor tertentu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >