Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Temasek kurangkan pampasan pengurusan kanannya, ambil tanggungjawab bersama atas pelaburan FTX yang gagal

May 29, 2023 | 04:53 PM



TEMASEK berkata ia telah mengurangkan pampasan untuk pengurusan kanannya dan pasukan pelaburan yang terlibat dalam pelaburan yang gagal dalam FTX, kerana mereka bertanggungjawab terhadap reputasi yang terjejas oleh syarikat pelaburan Singapura itu.

Ini didedahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin oleh pengerusi Temasek, Encik Lim Boon Heng.

Encik Lim berkata: “Sebuah pasukan bebas telah menjalankan semakan dalaman pelaburan dan hasil semakan telah dibentangkan terus kepada Jawatankuasa Risiko dan Kemampanan Lembaga Pengarah dan kepada lembaga pengarah kami.

“Walaupun tiada kesalahan dilakukan oleh pasukan pelaburan dalam mencapai saranan pelaburan mereka, pada akhirnya, pasukan pelaburan dan pengurusan kanan bertanggungjawab ke atas keputusan pelaburan yang dibuat, mengambil kebertanggungjawapan kolektif dan mengurangkan pampasan mereka.”

Temasek menambah bahawa ia telah mengambil iktibar daripada insiden ini, seperti mengukuhkan pendekatan mengkaji semula tadbir urus, pengurusan dan kawalan syarikat portfolio, terutamanya jika ia sedang berkembang pesat.

FTX yang menunjukkan prestasi baik sebelum ini, diketuai pengasas Encik Sam Bankman-Fried, runtuh pada November 2022 selepas laporan oleh CoinDesk yang melibatkan firma perdagangan Alameda Research, yang bergabung dengan FTX.

Temasek melabur AS$210 juta ($284 juta) dalam FTX International dan AS$65 juta dalam FTX AS merentasi dua pusingan pembiayaan dari Oktober 2021 hingga Januari 2022.

Pelaburan dalam FTX mewakili 0.09 peratus daripada nilai portfolio bersih Temasek sebanyak $403 bilion pada Mac 31, 2022.

Walaupun Temasek mempunyai 1.5 peratus saham dalam FTX, ia merupakan salah satu pelabur luar terbesar bursa itu. Pelabur terkenal lain termasuk Sequoia Capital dan Pelan Pencen Guru Ontario Kanada. Temasek tidak mempunyai kerusi dewan.

Soalan telah ditengahkan di Parlimen pada 2022 tentang FTX.

Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, kemudiannya menjawab bahawa kerugian itu tidak bermakna sistem tadbir urus Temasek tidak berfungsi dan tiada sebarang usaha wajar dan pemantauan dapat menghapuskan risiko sama sekali.

Beliau menambah bahawa Temasek juga telah memulakan semakan dalaman oleh pasukan bebas yang “berasingan daripada pasukan pelaburan” dan akan melaporkan hasil semakan kepada lembaga.

Dalam kenyataan Temasek, Encik Lim menyatakan bahawa dengan FTX, “seperti yang didakwa oleh pendakwa raya dan seperti yang diakui oleh eksekutif utama di FTX dan sekutunya, terdapat perlakuan penipuan yang sengaja disembunyikan daripada pelabur, termasuk Temasek”.

Encik Lim mengakui bahawa firma pelaburan itu kecewa dengan hasil pelaburan dan kesan negatif terhadap reputasinya.

Walaupun tiada salah laku di pihak pasukan pelaburan, pasukan pelaburan dan pengurusan kanan mengambil tanggungjawab kolektif.

Tiada butiran diberikan mengenai kuantum pampasan itu.

The Straits Times difahamkan bahawa pengurangan pampasan adalah sekali sahaja kerana pelaburan FTX adalah pelaburan yang luar biasa yang mempunyai kesan negatif terhadap reputasi Temasek.


Pengurusan kanan Temasek diketuai oleh ketua eksekutifnya, Encik Dilhan Pillay Sandrasegara.

Encik Lim menjelaskan yang sebab Temasek melabur dalam syarikat peringkat awal ialah kerana ia mahu menjana pulangan yang mampan dalam jangka masa panjang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >