Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

TikTok tawar ciri kandungan teks dalam aplikasi

Jul 25, 2023 | 01:42 PM



SAN FRANCISCO: Wadah media sosial, TikTok, yang terkenal dengan kandungan video mengumumkan pada Isnin bahawa ia akan menawarkan ciri baru buat pengguna untuk muat naik kandungan teks.


Pengumuman syarikat teknologi gergasi itu merupakan tawaran alternatif kepada Twitter, yang telah ditukar namanya kepada X oleh pemiliknya, Encik Elon Musk.

Ciri kandungan teks yang ditawarkan oleh TikTok hampir serupa dengan tawaran Instagram, yang telah melancarkan platform Threads pada awal Julai sebagai wadah alternatif kepada Twitter juga.

Seperti wadah Threads yang dimiliki syarikat teknologi Meta, TikTok mendapat manfaat daripada saiznya dengan kira-kira 1.4 bilion pengguna aktif setiap bulan, menurut laman media dan maklumat bagi industri aplikasi sejagat, Business of Apps.

Tetapi berbanding dengan Meta yang melancarkan produk berasingan Threads, Tiktok memilih untuk menyepadukan ciri kandungan teksnya ke dalam aplikasi.

Selain itu, pengguna TikTok akan tetap menikmati kandungan lebih visual berbanding Twitter atau Threads, yang hanya menawarkan kandungan teks.

Pengguna TikTok juga boleh menambah latar belakang berwarna, muzik dan pelekat pada kandungan.

Syarikat milik China itu berkata format baru itu akan memperluaskan “sempadan penciptaan kandungan untuk semua orang di TikTok” dan memanfaatkan “kreativiti” yang dilihat dalam ruang komen dan kapsyen.

Selain Threads, wadah lebih kecil seperti Mastodon, Bluesky dan Substack Notes telah muncul sebagai saingan berpotensi kepada Twitter.

Namun sehingga kini, wadah itu masih belum berupaya untuk bersaing dan menyingkir Twitter, meskipun dengan masalah yang sedang dihadapinya.

Encik Musk berkata pada minggu lalu bahawa Twitter telah kehilangan kira-kira separuh daripada pendapatan pengiklanannya, petanda masalah besar bagi syarikat itu dan menunjukkan peluang kepada pesaing lain. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >