Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saingan Twitter, Threads, daftar sehingga 100j pengguna dalam lima hari

Jul 11, 2023 | 3:52 PM
DAPAT PERHATIAN: Aplikasi Threads yang dilancarkan oleh Instagram sebagai pesaing kepada Twitter telah mendapat pendaftaran sehingga melebihi 100 juta pengguna dalam tempoh kurang lima hari.
DAPAT PERHATIAN: Aplikasi Threads yang dilancarkan oleh Instagram sebagai pesaing kepada Twitter telah mendapat pendaftaran sehingga melebihi 100 juta pengguna dalam tempoh kurang lima hari. - Foto REUTERS

Aplikasi Threads yang dilancarkan oleh Instagram sebagai pesaing kepada Twitter telah mendapat pendaftaran sehingga melebihi 100 juta pengguna dalam tempoh kurang lima hari, menurut laman web pengesanan data pada Isnin, 10 Julai.

Ini memecahkan rekod alat kecerdasan buatan (AI) sebagai aplikasi pengguna yang paling pesat berkembang.

Sementara ChatGPT mengambil dua bulan untuk mencapai 100 juta pengguna dan aplikasi perkongsian video TikTok mengambil sembilan bulan, Instagram mengambil tempoh dua setengah tahun untuk mencapai angka itu selepas pelancarannya pada 2010.

Threads mula live atau beroperasi di stor aplikasi Apple dan Android di 100 negara pada lewat Rabu.

Ia tidak boleh didapati di Eropah kerana syarikat induk Meta kurang pasti cara mengemudi perundangan data peribadi Kesatuan Eropah (EU).

Dianggarkan Twitter mempunyai sekitar 200 juta pengguna biasa tetapi telah mengalami kegagalan teknikal berulang kali sejak Encik Elon Musk membeli wadah itu pada 2022 dan memecat ribuan kakitangan.

Musk, yang juga bertindak sebagai bos Tesla dan SpaceX, juga telah mengasingkan ramai pengguna dengan memperkenalkan bayaran untuk perkhidmatan yang sebelum ini percuma, dan membenarkan akaun sayap kanan yang dilarang kembali ke wadah itu.

Beberapa pesaing telah muncul tetapi kebanyakannya adalah wadah khusus tanpa kapasiti untuk berkembang pada skala yang diperlukan untuk menyingkirkan Twitter.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg