Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

4,400 pekerjaan baru ditambah dalam sektor perkilangan separuh pertama 2023: DPM Heng

Oct 19, 2023 | 02:51 PM



Ekonomi Singapura berjaya menambah 4,400 pekerjaan baru dalam sektor perkilangan dalam enam bulan pertama 2023, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, pada Rabu. 

Ini berlaku walaupun kelesuan berterusan menghalang kegiatan pengilangan sedang ekonomi kembali pulih daripada pandemik Covid-19. 

Bercakap di upacara pembukaan acara Transformasi Perindustrian Asia-Pasifik (Itap) 2023 yang diadakan di Singapore Expo, Encik Heng berkata, pekerjaan tambahan itu adalah hasil daripada “prestasi baik” sejak edisi Itap pada 2022. 

Sebelum ini, beliau telah melancarkan Perancangan Perubahan Industri (ITM) yang diperbaharui bagi lima sektor – elektronik, kejuruteraan ketepatan, tenaga dan kimia, aeroangkasa, dan logistik – untuk meningkatkan daya tahan dan merebut peluang pasaran baru.

Encik Heng berkata, dalam dunia Industri 4.0 yang saling berkaitan, “tiada satu pangkalan perkilangan berada dalam keasingan”. 

“Sebaliknya, setiap negara adalah titik sambungan dan hubungan bersama titik lain yang akan membentuk kadar kemajuan dan kemakmuran secara global.”

Beliau menambah: “Keupayaan untuk membangun rantaian nilai yang bijak dan bersambung itu menjadi kelebihan daya saing yang ketara.”

Untuk tujuan ini, beliau berkata, satu wadah sedang dibangunkan untuk pengilang di sepanjang rantaian nilai untuk berkongsi data supaya mereka boleh bertindak dengan lebih cepat dan secara kolektif kepada turun naik permintaan dan bekalan.

Pakar ekonomi yang dihubungi The Straits Times kebanyakannya yakin tentang prospek perkilangan tempatan.


Pakar ekonomi Kumpulan Penyelidikan DBS, Encik Chua Han Teng, berkata peningkatan berterusan dalam pekerjaan perkilangan dalam separuh pertama adalah perkembangan positif.

“Ia mencerminkan keyakinan pengilang dalam pertumbuhan jangka panjang, walaupun hadapi pertumbuhan yang lebih perlahan, semasa pengeluaran kilang menguncup selama 11 bulan berturut-turut pada Ogos,” kata Encik Chua. 

Pakar ekonomi kanan Penyelidikan Maybank, Encik Chua Hak Bin, berkata kemerosotan perkilangan “nampaknya telah mencapai titik terendah pada separuh pertama”.

“Kami jangkakan perkilangan dan eksport meningkat pada suku keempat yang sepatutnya mewujudkan lebih banyak pekerjaan pengeluaran,” tambah Encik Chua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >