Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tukar kerjaya dari industri logistik ke teknologi perubatan

Feb 06, 2022 | 08:10 AM



Singapura berjaya menarik pelaburan aset ditetapkan bernilai $11.8 bilion pada tahun lalu, dipacu oleh projek perkilangan besar dari syarikat semikonduktor dan teknologi biologi, meskipun negara ini masih menghadapi cabaran di tengah-tengah pandemik Covid-19. Projek tersebut akan mewujudkan 17,376 pekerjaan baru dalam lima tahun mendatang, dengan sumbangan $16.8 bilion dalam nilai tambah setahun diramalkan, menurut Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) minggu lalu. Syarikat yang melabur di sini telah mewujudkan banyak pekerjaan baik bagi warga Singapura. BERITA MINGGU (BM) menemu ramah dua karyawan yang bekerja di syarikat itu.



BUKAN sekadar mahu memenuhi aspirasi kerjayanya sahaja, malah ingin meraih kepuasan dalam pekerjaan yang dilakukan setiap hari.



Itulah yang mendorong Cik Shareefah Beevi Mohamed Mideen menukar kerjaya selepas lima tahun dalam industri logistik ke industri teknologi perubatan pula dengan menyertai syarikat Medtronic International pada 2011.



Syarikat itu menyediakan teknologi dan terapi untuk merawat sekitar 70 masalah kesihatan, yang termasuk alat bagi jantung, robotik pembedahan, pam insulin, alat pembedahan, sistem pemantauan pesakit dan sebagainya.



Pada mulanya, Cik Shareefah menyertai Medtronic sebagai penganalisis data bersekutu, namun kemudian beralih pula ke laluan pengurusan kakitangan pada 2018 di mana beliau kini menerajui kumpulan Pusat Kecemerlangan Data Induk Serantau. Data induk merujuk kepada data teras yang penting kepada operasi dalam sesuatu perniagaan.



Dalam peranannya itu, Cik Shareefah, 38 tahun, dan kumpulannya memastikan strategi dan pelaksanaan data Medtronic sejajar dengan objektif dan keutamaan perniagaan.



Ini termasuk tadbir urus data induk dalam bidang bahan, pelanggan, tempat simpan data strategik bagi pembekal, dan struktur penjualan.



Ini selain integrasi perniagaan dan produk, projek peningkatan dan perwakilan rantau dalam pertubuhan pengurusan data di dunia.



"Kumpulan saya memacu kecemerlangan operasi melalui tadbir urus proaktif dan mutu data; penyelarasan proses untuk memacu kecekapan; dan peningkatan berterusan menerusi kerjasama kolaboratif dengan pelbagai lapisan pihak berkepentingan seperti rantaian bekalan, kewangan, perniagaan dan kawal selia," kata beliau.



Tidak sekadar berhenti di situ, Cik Shareefah terus mencari cabaran baru dalam kerjayanya dengan menyertai program Talent X SG+, program dalaman Medtronic dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).



Program itu membolehkan warga Singapura dengan potensi tinggi dalam Medtronic meneroka pelbagai peranan dalam rantau ini di dalam syarikat itu.



Di bawah program itu, Cik Shareefah dikerahkan ke kumpulan penjualan dan operasi sebelum kumpulan komunikasi kini.



Tugasan semasanya memerlukan beliau bekerjasama dengan pasukan di balik Cabaran Inovasi APAC Medtronic (MAIC) yang mengundang syarikat start-up dari Singapura dan rantau Asia Pasifik membangunkan huraian teknologi perubatan baru.



"Dalam peranan saya sebagai pengurus projek, saya dapat memanfaatkan pengalaman pengurusan kakitangan dalam pengurusan data induk dan membawa pendekatan penjejakan yang sistematik bagi pasukan projek MAIC, mengenal pasti pelbagai aliran kerja dalam projek dan menyatakan peranan dan tanggungjawab masing-masing," kata beliau yang kini memegang jawatan sebagai ketua pentadbiran data serantau Asia Pasifik/China.



Cik Shareefah berkata landskap teknologi perubatan di Asia Pasifik sangat rumit, dengan terdapat negara maju seperti Jepun dan Australia, dan juga pasaran baru di Asia Tenggara, yang mempunyai cabaran unik dan akses kepada penjagaan kesihatan serta prasarana asas yang berbeza antara penduduk kota dan desa.



Oleh sebab produk teknologi perubatan menyokong sektor itu, penghantaran produk bergantung pada kedua-dua rantaian bekalan sejagat dan serantau. Selain itu, terdapat banyak badan kawal selia dan keperluan bahasa.



"Tugas yang kami lakukan dalam kumpulan saya adalah serupa, tidak kira pasaran yang kami berikan perkhidmatan, sedang kami berusaha memupuk kerjasama kolaboratif dengan pasukan setempat masing-masing seperti rantaian bekalan, kawal selia dan kewangan.



"Konsep pusat kecemerlangan (COE) dilahirkan untuk memenuhi pelbagai keperluan berbeza setiap pasaran, di mana kami dapat memanfaatkan ekonomi skala (kos operasi yang lebih rendah melalui peningkatan jumlah pengeluaran yang besar) syarikat," kata beliau.



Dengan pandemik Covid-19 yang berterusan dan menjejas sistem penjagaan kesihatan, Cik Shareefah menekankan keperluan bekerjasama bagi memperkukuh sistem, sambil menambah terdapat keperluan memastikan data yang dirakam dalam sistem bermutu baik.



Bagi mereka yang ingin cemerlang dalam industri inovasi teknologi perubatan, Cik Shareefah berkata minda yang betul adalah utama kerana ia sektor yang berkembang pesat dengan pendigitalan penjagaan kesihatan.



"Seseorang itu perlu mempunyai minda yang tangkas untuk mendakap perubahan dan terbuka untuk belajar dan terus meraih pengetahuan baru," kata beliau.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >