Kumpulan UBS Group memotong sekitar 100 pekerjaan pengurusan kekayaan Asia, beberapa bulan selepas menyelesaikan pengambilalihan pesaingnya, Credit Suisse, apabila bank itu memberi respons terhadap aktiviti pelanggan dan ekonomi China yang semakin lembap.
Bank terbesar Switzerland itu telah mengurangkan beberapa peranan yang bertindih dalam beberapa bulan lalu dan pemotongan lanjut dijangka sehingga November, menurut mereka yang rapat dengan perkara ini dan meminta tidak dikenal pasti kerana rancangan tersebut adalah privet, lapor The Business Times.
Ia bersedia menghentikan peranan termasuk pengurus hubungan di Hong Kong dan Singapura, majoriti dalam pasukan yang baru diperoleh daripada Credit Suisse, menurut sumber.
Jumlah pemotongan belum dimuktamadkan, kata mereka.
Bank itu juga merancang mengekalkan majoriti bank privet di Australia dan India buat masa kini, kata salah satu sumber.
UBS sedang bergelut dengan tahap aktiviti dan sentimen pelanggan yang meleset di Asia Pasifik, di mana hab perniagaan serantau Hong Kong telah lama menjadi pusat penempahan di samping Singapura, bagi orang kaya China.
Keuntungan unit pengurusan kekayaan sebelum cukai di serantau jatuh 9 peratus pada suku kedua berbanding setahun sebelumnya.
Ekonomi China berkembang 3 peratus pada 2022, antara kadar pertumbuhan paling perlahan dalam beberapa dekad berikutan sekatan wabak Covid-19 dan krisis hartanah yang melanda negara itu.
Pembukaan semula negara itu memberi harapan bahawa ia akan bangkit semula pada 2023, tetapi pemulihan itu kian berkurangan dan indeks saham penanda aras berada di landasan kerugian untuk tahun ketiga berturut-turut.
Jurucakap UBS enggan memberi komen.
Sejak pengambilalihan Credit Suisse pada Jun, UBS telah menggariskan sasaran utama untuk penyepaduan bekas pesaingnya, termasuk 3,000 pemberhentian pekerjaan domestik dan lebih AS$10 bilion ($13.6 bilion) dalam penjimatan kos.
Ini bermakna sebahagian daripada pekerjaan syarikat itu di seluruh dunia akan terjejas.
Pengurangan berlaku apabila bank lain seperti Barclays dan Goldman Sachs Group turut mengurangkan jumlah pekerja.
Barclays merancang untuk memecat kira-kira 5 peratus kakitangan yang berhadapan dengan pelanggan, termasuk dalam segmen perdagangan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg