Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Unit Sembcorp meterai perjanjian import gas asli dari Indonesia

Penghantaran bekalan dijangka bermula dari 2026 bagi tempoh 11 tahun
Sep 2, 2024 | 3:05 PM
Sembcorp menyatakan perjanjian itu akan memastikan bekalan gas asli saluran paip syarikat itu mencukupi hingga selepas 2028 bagi memenuhi keperluan tenaga pelanggannya.
Sembcorp menyatakan perjanjian itu akan memastikan bekalan gas asli saluran paip syarikat itu mencukupi hingga selepas 2028 bagi memenuhi keperluan tenaga pelanggannya. - Foto SEMBCORP INDUSTRIES

Sembcorp Gas, anak syarikat milik penuh Sembcorp Industries, telah menandatangani satu perjanjian penjualan gas untuk mengimport gas asli sehingga 111 bilion unit terma British setiap hari, melalui saluran paip dari medan gas Mako di Indonesia.

Pada 2 September, Sembcorp menyatakan perjanjian itu akan memastikan bekalan gas asli saluran paip syarikat itu mencukupi hingga selepas 2028 bagi memenuhi keperluan tenaga pelanggannya.

Perjanjian itu ditandatangani dengan tiga syarikat – West Natuna Exploration, Empyrean Energy dan Coro Energy Duyung (Singapura).

Ia dijangka berkuat kuasa menjelang separuh pertama 2025, tertakluk kepada keputusan pelaburan akhir oleh tiga syarikat tersebut bagi medan gas Mako, selain perjanjian dan kelulusan kawal selia yang diperlukan, lapor The Business Times (BT).

Penghantaran gas asli tersebut dijangka bermula dari 2026 untuk tempoh sekitar 11 tahun, tambah Sembcorp.

Menurut syarikat itu, perjanjian tersebut tidak dijangka memberi sebarang kesan material terhadap pendapatan sesaham dan aset ketara bersih sesaham bagi tahun kewangan semasa.

Perjanjian itu dibuat selepas Sembcorp Gas menandatangani satu perjanjian pelaburan tidak terikat dengan West Natuna Exploration, anak syarikat milik penuh Conrad Asia Energy, pada September 2023.

Perjanjian tersebut menggariskan syarat-syarat utama dan satu rangka kerja bagi perjanjian penjualan gas Mako.

Pada Jun 2023, Sembcorp Gas turut menandatangani satu perjanjian untuk mengimport gas asli bernilai $1.9 bilion dari medan gas Natuna Barat, Indonesia.

Perjanjian itu, yang ditandatangani dengan Medco E&P Natuna, menambah bekalan gas asli sedia ada Sembcorp daripada sumber paip dan cecair, kata syarikat tersebut.

Dalam laporan sebelum ini, syarikat itu menyatakan perjanjian tersebut membolehkan Sembcorp mengekalkan kedudukannya sebagai pengimport gas asli terkemuka Singapura.

Harga saham Sembcorp naik 21 sen atau 4.4 peratus kepada $4.93 pada 30 Ogos, ketika pasaran saham ditutup.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg