PROGRAM Mempelajari Kemahiran Baru dan Reka Semula Pekerjaan (JRR) bagi industri khidmat makanan akan diperbaharui bagi menggalak lebih ramai majikan mempertingkatkan pekerjaan di barisan hadapan dan operasi sejajar dengan transformasi digital.
Seramai 400 pekerja dijangka dipertingkatkan kemahiran untuk menyandang peranan yang dirangsang menerusi program itu dalam masa dua tahun mendatang, menurut kenyataan bersama Tenaga Kerja Singapura (WSG), Pusat Produktiviti Singapura (SGPC) dan Enterprise Singapore (ESG).