Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Warga asing mesti dapat kelulusan beli tanah komersial, kediaman, hartanah di S’pura

Jul 20, 2023 | 02:47 PM



Warga asing perlu mendapatkan kelulusan pemerintah untuk membeli tanah yang dizonkan sebagai “komersial dan kediaman” mulai Khamis.

Ini berikutan perubahan kepada Akta Hartanah Kediaman (RPA) untuk “melindungi tanah kediaman bagi rakyat Singapura”, umum Kementerian Undang-undang (MinLaw) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA) pada Rabu malam.

Pembangunan di kawasan tanah yang dizonkan bagi penggunaan “komersial dan kediaman” kini akan dianggap sebagai hartanah kediaman dan dikawal selia di bawah RPA.

Ini kerana zon “komersial dan kediaman” kini dikeluarkan daripada senarai zon penggunaan tanah yang telah ditetapkan sebagai bukan hartanah kediaman.

Hartanah “komersial dan kediaman” termasuk pusat beli-belah, hotel serta pejabat dan hartanah kediaman. Antara contoh hartanah sedemikian termasuk Robertson Walk dan UE Square.

Tapak yang kini dizonkan sebagai komersial dan kediaman mesti mempunyai sekurang-kurangnya 60 peratus keluasan lantai yang dibenarkan untuk tujuan kediaman.

Warga asing – individu dan entiti – yang memiliki tanah yang dizonkan atau hartanah yang dibenarkan bagi kegunaan sedemikian tidak perlu mendapatkan kelulusan jika mereka berhasrat mengekalkan hartanah itu sebagaimana adanya, tetapi mesti mendapatkan kelulusan jika mereka mahu mengekalkan dan membangunkan semula hartanah itu.

Pengecualian daripada mendapatkan kelulusan boleh dibuat jika warga asing ini berhasrat membeli atau memperoleh faedah diberikan Pilihan untuk Membeli (OTP) oleh penjual sebelum 20 Julai 2023; OTP itu dilaksanakan pada atau sebelum 9 Ogos, dan OTP itu tidak diubah pada atau selepas 20 Julai.

Perubahan ini adalah antara perubahan kepada Jadual Hartanah Bukan Kediaman di bawah RPA, sebagai sebahagian daripada semakan biasa.

Tujuh penggunaan – Perniagaan 1, Perniagaan 2, Perniagaan 1 - Putih, Perniagaan 2 - Putih, Komersial/Institusi, Tapak Simpanan dan Penggunaan Khas – juga termasuk dalam senarai itu kerana penggunaan kediaman biasanya tidak dibenarkan di zon penggunaan tanah tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >