Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pasaran hartanah S’pura di paras sederhana, stabil: Ravi Menon

Jul 05, 2023 | 05:37 PM



Pasaran hartanah rumah Singapura berada di “tempat yang agak baik” dan terdapat tanda bahawa harga telah menjadi sederhana dan stabil, menurut Encik Ravi Menon, pengarah urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), semasa sesi taklimat keluaran laporan tahunan MAS pada Rabu.

“Kami akan memastikan harga hartanah kekal sejajar dengan asas dasar ekonomi” dan tidak didorong dengan “spekulasi” kata Encik Menon.

Pasaran perumahan Singapura telah menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan menyusuli kemasukan modal di samping harga perumahan ke paras tertinggi ekoran kekurangan bekalan.

Untuk mengekalkan harga perumahan, pemerintah menggandakan cukai setem bagi pembeli asing pada April kepada 60 peratus – kadar tertinggi dalam kalangan pasaran utama.

Ia juga menaikkan levi untuk pembeli rumah kedua sebagai langkah pendahuluan untuk membendung permintaan pelaburan daripada warga tempatan dan warga asing, kata Encik Menon.

Pasaran perumahan Singapura telah menunjukkan tanda-tanda penyejukan di belakang pelancaran pembangunan baru yang meredakan masalah kekurangan bekalan.

Harga rumah Singapura merosot pada suku kedua buat kali pertama dalam tiga tahun, berikutan sekatan hartanah terkini, selepas jualan rumah mencecah paras tertinggi dalam satu tahun pada Mei.

Encik Menon berkata bahawa lonjakan harga sewa akan mengambil “sedikit masa untuk diselesaikan” disebabkan oleh “pengaliran semula orang secara tiba-tiba” ke Singapura.

Sewa untuk perumahan privet dan awam masing-masing melonjak kira-kira 27 peratus dan 25 peratus pada Mei berbanding setahun sebelumnya.

Aliran masuk kekayaan ke Singapura mempunyai sedikit kesan ke atas harga hartanah, kata Encik Menon, sambil menambah bahawa pembelian harta perumahan privet oleh warga asing dalam anggaran kira-kira 4 peratus sejak tiga tahun lepas.

Semasa taklimat media, Encik Menon juga mengumumkan bahawa MAS akan memperluaskan skop insentif cukai buat pejabat keluarga tunggal (SFO) di Singapura untuk menggalak mereka mengalirkan modal ke dalam negara dengan lebih bermakna bagi manfaat Singapura, dan untuk meningkatkan sumbangan ke arah tujuan alam sekitar dan sosial.

Salah satu perubahan utama kepada insentif cukai untuk SFO termasuk menggalak SFO menyumbang lebih banyak kepada penciptaan pekerjaan dan nilai kepada ekosistem Singapura.

Ini termasuk memerlukan SFO mengambil sekurang-kurangnya satu kakitangan yang bukan daripada ahli keluarganya bagi jawatan profesional pelaburan.

Di samping itu, SFO juga perlu memenuhi keperluan perbelanjaan perniagaan berdasarkan perbelanjaan tempatan, berbanding sebelum ini apabila syarat ini boleh dipenuhi dengan perbelanjaan luar negara.

“Ini akan mengembangkan bilangan pekerjaan untuk profesional di Singapura (dan) membantu menyalurkan manfaat yang lebih besar kepada perniagaan dan penyedia perkhidmatan yang berpangkalan di Singapura,” kata Encik Menon.

Satu lagi perubahan utama kepada insentif cukai untuk SFO termasuk menggalakkan SFO menjalankan aktiviti dermawan melalui Singapura.

“Untuk menggalakkan pemberian tempatan, kami akan mengiktiraf sumbangan kepada badan amal tempatan di samping perbelanjaan perniagaan biasa.

“Untuk menggalakkan pemberian di luar negara menggunakan pejabat keluarga Singapura sebagai pangkalan, kami akan melancarkan Skim Insentif Cukai Dermawan (PTIS) untuk pejabat keluarga,” kata Encik Menon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >