Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

YouTrip lancar dompet ringgit M’sia

Apr 16, 2025 | 5:41 PM
Pengguna YouTrip di Singapura kini boleh menukar dan menyimpan Ringgit Malaysia (MYR) secara langsung dalam aplikasi melalui dompet yang baru dilancarkan.
Pengguna YouTrip di Singapura kini boleh menukar dan menyimpan Ringgit Malaysia (MYR) secara langsung dalam aplikasi melalui dompet yang baru dilancarkan. - Foto YOUTRIP

Pengguna YouTrip di Singapura kini boleh menukar dan menyimpan Ringgit Malaysia (MYR) secara langsung dalam aplikasi melalui dompet yang baru dilancarkan, membolehkan mereka mendapatkan kadar tukaran yang lebih baik tanpa caj tersembunyi atau kenaikan pertukaran mata wang.

Ciri ini sebahagian daripada usaha platform pembayaran pelbagai mata wang untuk mempermudah perbelanjaan rentas sempadan bagi pengguna yang melancong ke Malaysia.

Bagi meraikan pelancaran ini, YouTrip menawarkan perkhidmatan bas ulang-alik percuma antara Singapura dan Johor Bahru selama empat hujung minggu, bermula 19 April hingga 11 Mei, lapor The Straits Times (ST).

Perkhidmatan ini akan berjalan setiap 30 minit dari 9 pagi hingga 9.30 malam, membawa penumpang antara Stesen MRT Kranji dan pusat beli-belah Mid Valley Southkey.

Pengguna perlu menempah tempat mereka melalui pautan di Instagram rasmi atau saluran Telegram YouTrip.

Selain itu, YouTrip menawarkan 3 peratus cashback untuk semua perbelanjaan MYR bagi 5,000 pengguna pertama yang berbelanja jumlah minimum sebanyak $200 secara keseluruhan. 

Dari 16 April hingga 17 Jun, pengguna juga boleh memperoleh sehingga 10 peratus cashback di peruncit terpilih di Malaysia, termasuk JD Sports, Caring Pharmacy, Decathlon (cawangan terpilih), dan Lotus’s.

Platform YouTrip telah mencatatkan respons yang kukuh terhadap dompet MYR.

Pada 9 April, YouTrip melihat lonjakan sebanyak 130 peratus dalam penukaran ringgit dalam aplikasi selepas mata wang itu merosot kepada 3.33 berbanding dolar Singapura.

Dalam kenyataan media pada 16 April, Ketua Pegawai Operasi YouTrip, Encik Kelvin Lam, berkata ciri baru ini direka untuk memberi pengguna “lebih kawalan dan fleksibiliti” ketika mengurus perbelanjaan perjalanan mereka.

Dilesenkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS), YouTrip beroperasi di Singapura dan Thailand.

Platform ini merangkumi kad fizikal dan aplikasi mudah alih, serta menawarkan produk untuk pengguna dan perniagaan. Setakat ini, ia telah memproses lebih AS$10 bilion ($13.1 bilion) dalam transaksi di seluruh rantau ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg