Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trend ‘e-hongbao’ dijangka berterusan pada 2025

Jumlah tertinggi diberi secara digital ialah $39 juta secara kolektif pada 2024
Jan 27, 2025 | 2:38 PM
Lebih ramai rakyat Singapura kini menggunakan sampul duit digital (e-hongbao) berbanding hongbao fizikal sejak ia diperkenalkan semasa pandemik Covid-19.
Lebih ramai rakyat Singapura kini menggunakan sampul duit digital (e-hongbao) berbanding hongbao fizikal sejak ia diperkenalkan semasa pandemik Covid-19. - Foto ST

Lebih banyak dompet akan menjadi lebih ‘ringan’ pada Tahun Baru Cina kerana trend e-hongbao (sampul duit digital) terus berkembang.

Ramai rakyat Singapura kini menggunakan hongbao digital berbanding sampul merah fizikal sejak e-hongbao diperkenalkan semasa pandemik Covid-19.

Pada 2024, penggunaan e-hongbao meningkat dengan ketara, kata bank dan penyedia teknologi kewangan kepada The Straits Times (ST).

Encik Calvin Ong, pengarah urusan dan ketua kumpulan perbankan pengguna di DBS Singapura, berkata pada 2024, jumlah pelanggan yang memberi e-hongbao – dalam bentuk kod QR dan pilihan melalui aplikasi PayLah! – meningkat dua kali ganda berbanding 2023.

Jumlah tertinggi diberikan secara digital ialah $39 juta secara kolektif, yang menyumbang kepada penurunan 7 peratus dalam pengeluaran wang tunai berbanding 2023, kata Encik Ong.

Cik Ng Lee Peng, ketua perniagaan digital di OCBC Bank Singapura, berkata 2024 adalah kali pertama “kami melihat jumlah orang yang memberi e-hongbao melebihi jumlah orang yang mengeluarkan wang tunai, sama ada di mesin tunai automatik (ATM) khas Tahun Baru Cina atau di cawangan bank”.

Beliau berkata, kebanyakan pemberi e-hongbao adalah mereka yang berusia antara 30-an dengan 40-an tahun.

Namun, DBS bank juga melihat lebih ramai pengguna awal 20-an memberi e-hongbao pada 2024, lapor ST.

Mereka yang berusia 50 tahun ke atas menghantar tiga kali ganda lebih banyak e-hongbao pada 2024 berbanding 2023, tambah Cik Ng, yang menjangkakan lebih ramai daripada mereka akan berbuat demikian pada 2025.

Cik Ashley Thomas, ketua strategi dan operasi di Revolut Singapura, berkata penyedia teknologi kewangan itu “melihat trend peningkatan yang ketara” dalam penghantaran wang pada lima hari pertama Tahun Baru Cina – peningkatan 80 peratus pada 2023, dan pertumbuhan 40 peratus lagi pada 2024.

Revolut Singapura juga telah melihat “pertumbuhan yang ketara” dalam penghantaran wang ke luar negara semasa musim perayaan dengan “sekitar 35 peratus setiap tahun antara 2022 dan 2024,” tambah Cik Thomas.

Mata wang yang popular untuk penghantaran ini termasuk yen Jepun dan paun Britain.

Penyedia teknologi kewangan lain, YouTrip, turut melihat peningkatan pengguna yang menghantar e-hongbao sejak ia melancarkan inisiatif itu pada 2021.

Jumlah e-hongbao yang dihantar meningkat 10 kali ganda pada 2024 berbanding 2023, kata Encik Kelvin Lam, ketua pegawai operasi YouTrip.

Beliau berkata pengguna menghantar purata tujuh e-hongbao pada 2024, dengan jumlah terbesar mencapai $1,000.

Di syarikat penyedia teknologi kewangan Britain, Wise, tempoh perayaan juga telah meningkatkan permintaan untuk penghantaran wang, menurut pengurus produknya, Cik Chelsea Li.

Walaupun pelanggan mereka menghargai e-hongbao sebagai cara untuk terus berhubung dengan keluarga dan rakan di luar negara semasa Tahun Baru Cina, masih terlalu awal untuk menolak sampul merah fizikal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg