Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

5 kegiatan menarik menjelang Hari Kanak-kanak!

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

5 kegiatan menarik menjelang Hari Kanak-kanak!

Oct 01, 2019 | 10:13 AM



HARI kanak-kanak bakal menjelang tidak lama lagi.



Pasti ramai ibu bapa di luar sana yang terpinga-pinga kerana tidak tahu ke mana anda boleh ajak si kecil untuk luangkan masa bersama hujung minggu ini. Bukan itu saja, ini belum termasuk kos pengangkutan dan makan bila keluar nanti.



Berita Harian (BH) ingin kongsikan lima kegiatan menarik yang boleh dinikmati seisi keluarga, ada juga yang percuma!



OCTOBURST 2019





 



 



‘Buaya-buaya in Kurta’ ini akan mencari tempat yang selesa untuk ‘berlepak’ - Foto ESPLANADE



Terdapat pelbagai acara seni yang terdapat di acara Octoburst, sebuah pesta kanak-kanak anjuran Esplanade.



Anda boleh mewarnai beg tote, melihat pementasan ‘Buaya-buaya in Kurta’ dan juga menikmati persembahan silat oleh Aliran Bebas, dan banyak lagi!



Semuanya akan berlangsung di sekitar Esplanade pada 4 - 6 Oktober.



Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke lelaman: https://www.esplanade.com/festivals-and-series/octoburst/2019



TAMAN HAIWAN SINGAPURA DAN TAMAN BURUNG JURONG





Kanak-kanak masuk percuma ke Taman Haiwan Singapura dan Taman Burung Jurong. - Foto WRS



Pada bulan Oktober ini, kanak-kanak boleh masuk ke Taman Haiwan Singapura dan Taman Burung Jurong secara PERCUMA!



Dengan setiap pembelian tiket dewasa ke Taman Burong Jurong atau Taman Haiwan Singapura, masuk adalah percuma bagi seorang kanak-kanak berusia 3 hingga 12 ke taman yang sama.



Promosi ini berlangsung pada bulan Oktober (kecuali 27 dan 28 Oktober)



Untuk maklumat penuh, sila ke lelaman https://www.wrs.com.sg/en/ticketing/admission-and-rides/parks-selection.html



GALERI KANAK-KANAK BIENNALE





Gunakan deria untuk nikmati arca seni! - Foto GALERI NASIONAL SINGAPURA



Galeri Nasional Singapura kembali dengan Galeri Kanak-kanak Biennale yang kedua! 



Ajaklah anak anda teroka imaginasi mereka bersama 11 arca di mana si kecil boleh mengguna deria mereka untuk mengalami arca seni dengan lebih dalam lagi.



Salah satu adalah ‘Dayung Sampan’ yang diilhamkan oleh peribahasa, puisi dan kisah dongeng Melayu, yang akan dipamerkan sehingga 29 Disember ini.



Masuk adalah percuma bagi semua warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR).



Lebih maklumat boleh didapati di:



https://www.nationalgallery.sg/festivals/childrens-biennale-2019



SENTOSA MERLION





Ayuh ke Sentosa Merlion sebelum ia ditutup pada 20 Oktober. - Foto ONE FABER GROUP



Sebelum ia meninggalkan kita, apa kata anda ajak anak-anak anda ‘memasuki’ arca yang dibina pada 1995 ini?



Anda boleh menikmati diskaun sebanyak 50 peratus, pada harga $7.50 untuk dewasa dan $6.20 untuk kanak-kanak (harga biasa $15 dan 12.50 masing-masing). Bagi warga emas, masuk adalah percuma. Mereka hanya perlu tunjukkan kad pengenalan saja.



Di dalam arca Sentosa Merlion ini, anda boleh pelajari legenda Singapura serta makna di sebalik Merlion yang separuh Singa dan separuh ikan itu menerusi galeri realiti maya (VR).



Promosi ini hanya untuk warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR). Untuk maklumat lanjut, sila ke: https://www.onefabergroup.com/sentosa-merlion



KUNJUNGI BALAI BOMBA SCDF





Kalau anak anda suka main air, pasti dia rasa seronok di balai bomba! - Foto SCDF/INSTAGRAM



Pelajari lebih tentang operasi seharian balai bomba Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dengan mengunjungi balai bomba terdekat!



Pasti anak-anak anda akan rasa seronok melihat aksi pegawai bomba dan paramedik dengan lebih dekat, serta kenderaan kecemasan yang menarik!



‘Rumah Terbuka’ balai bomba SCDF akan dibuka kepada orang awam pada setiap Sabtu dari 9 hingga 11 pagi.



Masuk adalah percuma!



Terdapat beberapa balai yang tidak dibuka untuk awam. Untuk butiran lanjut, sila ke: https://www.scdf.gov.sg/home/community-volunteers/visit-scdf-establishments



Selamat Hari Kanak-kanak!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >