PELAWAK dan penyampai radio Hot FM, Ajak Shiro, telah dikejarkan ke hospital malam Ahad lalu selepas didapati tidak sedarkan diri ketika berada di sesi latihan Bintang Bersama Bintang edisi Raya akibat sakit pada bahagian perutnya.
Isterinya, Nur Afifah Amin, memaklumkan bahawa Ajak, yang nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, disahkan mengalami tekanan kerja melampau sehingga menyebabkan badannya kekurangan air.