RASA risau timbul tatkala Encik Hazrin Mohamad menyedari bahawa tulisan Jawi yang berkait rapat dengan budaya dan identiti orang Melayu suatu ketika dahulu kurang dekat di hati anak muda hari ini.
Sebilangan besar anak Melayu bukan sahaja tidak mampu menghasilkan lorekan indah huruf Jawi, bahkan tidak boleh membaca dan memahaminya.