PERSEMBAHAN teater tari tentang renungan diri yang menggabung idea kreatif empat penata tari Malaysia dan Singapura akan dipentaskan di Panggung Victoria pada hujung minggu ini.
Pementasan yang dinamakan Introspection (bermaksud kaji diri sendiri) itu dipersembah kumpulan tari Universiti Nasional Singapura (NUS) Dance Ensemble sempena acara The Next Wave 2017.