Akur jalani kemoterapi lepas suplemen tidak berkesan, keadaan tambah teruk
Pesakit barah hidung belanja $4,000 bagi makanan tambahan namun penyakit merebak
Jul 19, 2017 | 05:30 AM
MESKIPUN telah disahkan menghidap barah hidung tahap keempat, Encik Sapingi Kamin enggan menerima hakikat bahawa beliau sedang berhadapan dengan penyakit yang boleh membawa maut.
Selama kira-kira setahun setelah disahkan menghidap barah nasopharyngeal (NPC) itu - antara 2011 dan 2012 - bapa tiga anak itu enggan menjalani sembarang rawatan, apatah lagi sesi kemoterapi.