Anak istimewa 'luncur laju' berkat dorongan datuk dan ibu

Kurang keyakinan diri bahawa mereka mampu mencatat kejayaan membanggakan kerapkali menggugat jiwa si belia istimewa. Bagaimanapun, menerusi sukan, dua belia Melayu ini mampu berdikari, memperkasa diri, malah mewakili Singapura di temasya riadah dan kemanusiaan gah, Sukan Musim Sejuk Sedunia Olimpik Khas di Austria, bulan ini. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.

APABILA cucu sulungnya, Muhammad Aymeric Nadim Hambee, dikesan mempunyai masalah ketidakupayaan pembelajaran atau disleksia sewaktu di darjah satu, Encik Omar Slamat tidak mudah berputus asa.

Meskipun berita itu merisaukannya, Encik Omar yakin ada bakat dalam diri Nadim yang boleh diasah hingga jaya.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan