Anderson mahu jadi sumber inspirasi

Aktres The X-Files tulis buku panduan pengenalan diri untuk kaum Hawa

AKTRES televisyen dan filem, Gillian Anderson, telah menghasilkan bersama sebuah buku yang bertujuan memberi panduan kepada kaum Hawa mengenai "pengenalan diri sendiri selain kesedaran berkaitan rohani".

Diberi nama We: A Manifesto for Women Everywhere, buku tersebut telah ditulis oleh ibu tiga anak berusia 48 tahun yang terkenal kerana wataknya selaku ejen khas Dana Scully dalam drama bersiri The X-Files itu bersama seorang aktivis wanita yang juga wartawan Britain, Jennifer Nadel.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan