Pesta Malam Singapura (SNF) 2017 merai edisi ke-10 tahun ini dengan pelbagai acara menarik buat pengunjung daripada pelbagai lapisan usia. Acara di kawasan seni dan warisan Bras Basah-Bugis itu akan memaparkan 10 seniman dan kumpulan seniman tempatan yang pernah menyertai pesta itu sepanjang 10 tahun lalu, seperti Bloco Singapura dan Peranakan Sayang. Pesta kali ini juga mengetengahkan seniman bertaraf dunia, aksi bergerak dan pameran seni pemasangan cahaya gah dan berwarna-warni. Acara SNF 2017 berlangsung dari hari ini hingga Sabtu depan. Ikuti laporan NUR DHUHA ESOOF (nurdhuha@sph.com.sg).
DUA orang yang mengunjungi tempat yang sama mungkin menyimpan kenangan berbeza mengenai tempat tersebut.