PELAKON jelita dari Indonesia, Raline Shah, yang membintangi Surga yang Tak Dirindukan dan Surga yang Tak Dirindukan 2 membuktikan bahawa beliau mempunyai bukan sekadar wajah yang cantik, malah minda juga cukup bijak.
Pelakon kelahiran Indonesia yang juga lulusan sains politik daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) itu baru-baru ini dilantik sebagai anggota bebas lembaga pengarah syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Indonesia.