ULASAN SINGLE

Artis muda 'top' dendang Lebaran

KALAU ada yang berasa lagu Hari Raya lama tetap jauh lebih memikat perhatian, saya tidak berfikir begitu selepas mendengar single Raya artis Fantasia Music City (FMC), Lebaran Terindah.

Lagu yang menggabungkan kemerduan suara artis muda paling 'top' Malaysia kini, iaitu Wany Hasrita, Tajul dan Haqiem Rusli itu masih mengekalkan lenggok lagu Raya malar segar seperti Sesuci Lebaran (dendangan Datuk Siti Nurhaliza) dan Suasana Di Hari Raya (Junainah M. Amin).

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan