Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Badan seni Variasi Performing Arts orak langkah bantu golongan susah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Badan seni Variasi Performing Arts orak langkah bantu golongan susah

May 19, 2018 | 05:30 AM



SUDAH 17 tahun lamanya badan seni berbilang disiplin Variasi Performing Arts membimbing golongan muda dalam bidang seni drama, tarian dan muzik Melayu.



Dalam usaha menerapkan kesenian bahasa dan budaya Melayu dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, Pengarah Artistik, Variasi Performing Arts, Raja Hamzah Raja Zulkifli, mendapati terdapat sebahagian daripada mereka yang berasal daripada keluarga memerlukan.



Ia mendorong Raja Hamzah dan Naib Presiden Variasi, Raja Siti Nurhudah, menebarkan sayap mereka daripada sekadar membimbing peserta dalam bidang seni drama, tarian dan muzik Melayu, kepada usaha mendekati keluarga memerlukan dan berpendapatan rendah.



"Idea Jalinan tercetus apabila saya dan Raja Siti Nurhudah mendapat tahu tentang latar belakang beberapa anggota Cilik Skool (program kendalian Variasi Performing Arts yang merangkumi modul tarian, muzik dan vokal untuk kanak-kanak berusia antara enam dengan 12 tahun). Misalnya, ada berasal daripada keluarga bermasalah.



"Tetapi, ibu atau bapa kanak-kanak ini mahu anak mereka terus menyertai program seni kami kerana mereka tidak mampu membayar kelas seni privet yang mahal," kata Raja Hamzah, juga pengelola persembahan Jalinan-di Bawah Bintang.



Raja Siti Nurhudah merupakan pengerusi program tersebut.



Menurut Raja Hamzah, inisiatif bagi memperkenal program sosial yang diberi nama Jalinan itu turut didorong penglibatan Variasi semasa bekerjasama dengan Pertapis di bawah Projek The Rising Star yang sekali gus membuat beliau sedar betapa bermanfaat program seni kepada golongan memerlukan.



Projek The Rising Star kendalian syarikat sosial niaga Damalee Communications itu melibatkan modul pembelajaran bidang perfileman, muzik, drama, tarian dan dikir barat yang diajar oleh selebriti serta karyawan dalam bidang tersebut kepada golongan belia.



Ia dijalankan bersama Pertapis.



Sementara itu, sebagai langkah pertama di bawah Jalinan pula, Variasi Performing Arts, menganjurkan acara Jalinan-Hari Mangkuk Tingkat pada 12 Mei lalu, di mana sukarelawan badan seni tersebut telah mengagihkan makanan dalam mangkuk tingkat kepada benefisiari di rumah.



Ini disusuli pula dengan acara iftar Jalinan-Di Bawah Bintang bersama seramai 120 penduduk kanak-kanak dan dewasa dari kawasan Circuit Road, Marsiling dan Sembawang yang dijadual akan diadakan di kelab riadah HomeTeamNS di Sembawang pada 26 Mei ini.



Acara Jalinan-Di Bawah Bintang itu dianjurkan bersama Elloonia Studio kendalian penyanyi Wawan Husen dan badan bagi membangun kerja sepasukan, All Hearts Adventure and Training.



Penyanyi Wawan telah menggubah lagu khas bersempena Ramadan berjudul Di Bawah Bintang dan bakal menyanyikan lagu itu di acara iftar Jalinan-Di Bawah Bintang.



Acara itu juga akan diserikan dengan persembahan puisi berjudul Mencari Mata Hati tulisan Encik Muhammad Andi.



Dengan tertubuhnya Jalinan, Raja Hamzah melihat usaha tersebut sebagai satu langkah bagi badan seni Variasi terus membantu masyarakat memerlukan pada masa depan.



Kata Wawan: "Program Jalinan ini juga sebenarnya satu perantaraan daripada masyarakat sederhana yang mahu bersedekah kepada golongan susah.



"Misalnya, bagi program Jalinan-Di Bawah Bintang, anggota Variasi dengan ikhlasnya menaja cenderahati dan barang keperluan buat penduduk."



Dalam masa yang sama, mereka turut mengalu-alukan sumbangan masyarakat yang ingin mendermakan barangan seperti baju, keperluan harian atau kuih Raya kepada golongan memerlukan.



Barangan tersebut boleh diletak di gerai C15 Bazar Lambak Raya di Big Box mulai sekarang hingga 13 Jun.




"Idea Jalinan tercetus apabila saya dan Raja Siti Nurhudah mendapat tahu tentang latar belakang beberapa anggota Cilik Skool. Misalnya, ada berasal daripada keluarga bermasalah. Tetapi, ibu atau bapa kanak-kanak ini mahu anak mereka terus menyertai program seni kami kerana mereka tidak mampu membayar kelas seni privet yang mahal."
- Pengarah Artistik, Variasi Performing Arts, Raja Hamzah Raja Zulkifli, yang juga pengelola Jalinan-Di Bawah Bintang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >