SUNTINGAN bunyi sekitaran semula jadi di kawasan kampung telah menobatkan Encik Muhammad Faisal Jumani pemenang bagi anugerah Suntingan Bunyi Terbaik di acara Anugerah Filem Belia Nasional (NYFA) 2015.
Beliau, 28 tahun, seorang penuntut filem di Sekolah Filem Puttnam dari Maktab Seni Lasalle, merupakan penyunting bunyi bagi filem Di Sana hasil ciptaan segolongan penuntut dari sekolah filem tersebut.