PENYANYI dan penggubah lagu Mohd Khair Mohd Yasin akan menganjurkan bengkel menulis lirik melalui persembahan syarahan berjudul Dondang Rakyat.
Program selama 90 minit anjuran kumpulan seni The Kaizen M.D. itu akan diadakan sempena Bulan Bahasa bagi menggalak penggunaan bahasa Melayu menerusi sastera dan ungkapan kreatif.