PANJAT gunung sambil beramal. Itulah yang dilakukan sekumpulan penggemar kegiatan mendaki gunung Singapura semasa mendaki Gunung Rinjani di pulau Lombok, Indonesia, bulan lalu.
Kumpulan Pengembara Emas itu terdorong melakukannya selepas melawat kampung malim gunung dan porter, atau pengangkat barang, di Desa Sembalun semasa pendakian lalu dan mendapati mereka hidup dalam keadaan agak daif.