Berlakon empat hari sempena Hari Ibu raih $4 juta
May 23, 2016 | 05:30 AM
JULIA Roberts meraih sekitar AS$3 juta ($4.06 juta) bagi sebuah filem berjudul Mother's Day sempena Hari Ibu baru-baru ini dengan beliau diperlukan menjalani penggambaran selama empat hari sahaja, menurut laman Variety.
Ini bermakna kadar gajinya dianggarkan AS$750,000 sehari - menjadikannya antara pelakon wanita dengan pendapatan lumayan di Hollywood.